Dari 'Aishah daripada Muhammad s.a.w. bersabda: Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan menghafalnya maka ia akan bersama utusan-utusan Tuhan (Para Malikat) yang mulia. Dan perumpamaan orang yang membacanya, menelitinya dan berusaha keras untuk al-Quran maka ia akan mendapat dua ganjaran. (Bukhari)
Hadis daripada 'Aishah menjelaskan kepada kita mengenai keutamaan pembaca dan penghafal al-Quran. Rasulullah menggambarkan bahawa penghafal al-Quran adalah seperti berdampingan dengan para utusan Allah iaitu Malaikat. Keutamaan golongan ini adalah disebabkan mereka menjadi seorang yang sanggup untuk menghafal dan menjaga al-Quran. Mereka diberi kedudukan seistimewa kerana mereka adalah yang memegang amanah Allah iaitu menjaga kalamullah.
Bagaimana kedudukan ini boleh sama dengan orang kebanyakan yang tidak menghafal al-Quran. Bagaimana mereka ini menanggung beban menjaga hafalan supaya tidak hilang dari ingatan. Adakah mereka ini golongan yang boleh kita bersangka buruk kepada mereka sedangkan mereka adalah salah satu golongan yang berada disamping para utusan Allah. Perkara ini ingin coretkan.
Di mana-mana IPTA pada hari ini terdapat pelbagai pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan terdapat juga pelajar yang menghafal al-Quran yang menyambung pelajaran di sini. Baru-baru ini terdapat seorang pelajar baru dan beliau merupakan seorang hafiz. Dia berasa tidak selesa ketika berada di sini kerana terdapat pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dengan dirinya seperti cara pergaulan. Dia rasa tertekan, serba salah dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti tetapi Alhamdulillah sempat berjumpa dengan ustazah untuk memberi nasihat.
Tetapi apa yang hendak saya kongsikan disini terdapat seorang inidividu ini menyoal dan memperlekehkan tindakan pelajar ini dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Beliau menyatakan pelajar ini perasan baik. Rasanya dirinya yang terbaik dan mengangap yang kurang baik. Kata-kata ini menyebabkan saya menjawab dengan kata-kata yang agak keras. DIa mempersoalkan mengenai akhlak.
Ya memang mereka golongan ini golongan terbaik, mereka membaca dan mengulan al-Quran sekurang-kurangnya satu hari satu juzuk.
Ya mereka memang hebat kerana mereka juga bersukan seperti pelajar lain tetapi boleh saja menghadiri solat jemaah.
Ya mereka memang terbaik walaupun mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti mereka tetap solat berjemaah.
Ya mereka memang terbaik walaupun tidur lewat menonton bola sepak tetapi boleh saja solat subuh berjemaah di masjid.
Ya mereka memang terbaik di antara yang terbaik. Mereka juga menonton wayang tetapi boleh saja solat berjemaah di masjid KLCC.
Ya mereka memang terbaik menonton konsert di KLCC tetapi boleh saja solat berjemaah subuh di Masjid KLCC.
Ya mereka bukanlah baik sangat sehingga dijamin masuk syurga tetapi mereka adalah seperti insan biasa yang mempunyai sedikit kelebihan.
Adakah kita boleh nafikan golongan ini dengan menyatakan bahawa mereka hanya perasan baik?
Tetapi itulah hakikat sebenar reality hari ini, individu yang ingin menjaga pergaulan dianggap sebegini rupa.
No comments:
Post a Comment