Sunday, August 26, 2007

Hari Ini Dan Semalam

Semalam adalah hari lahir saya yang ke 24 tahun, semalam juga umur ku menjadi angka genap, apa beza semalam dan hari ini ialah umurku bertambah. Persoalannya adakah amalan yang diamalkan bertambah seperti umur kita bertambah?

Entah mengapa dan bagaimana saya sendiri pun masih tidak memahami mengapa hari ini kita masih tidak menyedari bahawa umur yang bertambah sepatutnya mematangkan kita (nasihat untuk diri sendiri), namun apa yang terjadi sebaliknya.

Pada awal belasan tahun boleh beramal dan membaca dengan banyak tetapi ketika ini apa yang terjadi sebaliknya, ini adalah ujian yang telah dikenakan kepada saya, dahulu lain sekarang pun lain.

  1. Dahulu banyak baca buku tetapi hari ini seminggu satu buku pun susah.
  2. Dahulu selalu bangun tahajud tetapi hari ini bangun sehari dalam sebulan pun susah.
  3. Dahulu membaca al-Quran setiap masa tetapi hari ini beberapa hari dalam seminggu mesti tertinggal.
  4. Dahulu selalu menghadiri kelas pengajian agama tetapi hari ini kelas agama pun cari tak berjumpa.
  5. Dahulu solat jemaah tak pernah tertinggal tatapi hari ini sehari boleh kot dapat tiga kali solat jemaah.
  6. Dahulu banyak berzikir tetapi hari ini tasbih pun entah ke mana.

Ini adalah amalan yang telah dilakukan semasa zaman belasan tahun, saya merasakan perkara ini terjadi kerana ketika mempunyai kelapangan masa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. pada masa dahulu telah ditaik balik kerana saya merasakan tidak pernah mensyukuri itu adalah nikmat yang Allah berikan iaitu nikmat kelapangan masa.

Sampai bila perkara harus teus berlaku dalam hidup ini. Ya Allah ampuni setiap dosa yang hamba-Mu telah lakukan dan akan datang.

Friday, August 24, 2007

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Program ini dianjurkan oleh UMNO bahagian Kg. Laut Kelantan. Tempatnya cantik, merupakan pertama kali saya hadir di situ. Pada malam tadi saya hadir sebagai seorang pengiring kepada pelajar UiTM.

Ahli panel ialah Pegawai tentera, Ustazah Syarifah Hayati yang lain tu tak kenal nama apa, tapi yang pastinya kesemua panel tu dah selalu keluar tv, saya tak dengar pun forum tu sebab ada dalam bas sebab hujan lebat.

Pagi ni pun selesema..

Damai Resort

Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ni, tiap-tiap hari sibuk, apabila saya pikirkan kenapa la saya ni sibuk sangat sampai masa untuk mengulang al-Quran pun tergadai. Apa nak jadi ni.

Pada 16 hingga 18 Ogos saya diminta untuk jadi penceramah dan faci kepada pelajar "Hight Achievers" iaitu pelajar dari UiTM Kelantan, alhamdulillah ini merupakan pertama kali menjadi penceramah dan memberi ceramah kepada pelajar. Apa yang saya dapat lihat, program sebegini harus diteruskan pada setiap Semester kerna boelh memberi inpu yang besar kepada generasi yang akan datang bahawa kepentingan ilmu ini bukan sekadar ilmu mengenai kegunaan diri sendiri tetapi perlu juga ilmu yang boleh menangkis segala godaan.

Wallahua'lm.

Thursday, August 9, 2007

What Is Tuesday

Selasa, 7 Ogos 2007 merupakan satu hari paling sibuk yang pernah saya alami, mesyuarat AKNC (Anugerah Kualiti Naib Canselor), Saya baru sahaja bertugas di UiTM Kelantan ini tetapi tahap kepercayaan terhadap staff baru sangat tinggi, alhamdulillah satu suasana kerja yang cukup mengkagumkan penuh dengan motivasi bermula daripada Dato Pengarah sehinggalah staf bawahan.

Setelah mesyuarat berhenti sebentar dan berjumpa dengan para pelajar untuk mengeurskan program siswa dan siswi di sini. BAru saya tahu di sini dalam pekerjaan sebenar.

Sibuk sampai blog pun tak sempat nak edit ohh....

Multaqa Ulama'

Pada hari Khamis dan Jumaat iaitu 2 dan Ogos 2007, saya telah dilantik sebagai AJK Cenderahati. Pgrama ini dijalankan di Hotel Grand River Riview Kota Bharu Kelantan. Alhamadulillah perjalanan program berlangsung dengan baik sekali.

Pengisian programnya ialah perbentangan kertas kerja daripada tiga orang tokoh ulama' Kelantan iaitu Dato' Timbalan Mufti pembentang kertas kerja yang pertama, pembentang kertas kerja kedua ialah Prof Dr Abdul Syukur Hayyie dan yang terakhir ialah Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi. Kesemuanya membentagkan kertas kerja dengan baik tetapi Dato' Timbalan Mufti tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam pembentangan tersebut.

Seterusnya, acara program diteruskan dengan acara perasmian dan penyampaian hadiah daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia. Inilah pengalaman kali pertama saya perolehi iaitu bertemu muka dengannya. Saya adalah yang dipertanggungjawabkan untuk meletakkan dan membawa hadiah kepadanya. Pengalaman juru kamera mengambil gambar yang "bertalu-talu" rasa macam diri ini dikenali tetapi tidak. Gambar Paklah yang banyak.

Di sini juga sayamengenali Pensyarah Bahasa Inggeris iaitu Kak Aini yang sangat fanatik dengan bahasa Arab, tetap jangan ingat beliau pensayarah bahasa Arab tetapi pensayarah bahasa Inggeris. Saya cukup kagum dengannya. Semangat untuk belajar bahasa arab itu sukar diertikan dengan kata-kata.

Namun ini adalah pengalaman saya yang pertama di Kelanatan merupakan pengalaman manis yang tidak mungkin saya akan lupai, insyaallah.

Wednesday, August 1, 2007

Banyak Menulis Bertambah Ilmu

Pagi tadi selepas subuh seperti biasa telah menyampaikan kuliah subuh. Sebagaigaimana hari-hari biasa saya membacakan satu hadis dan menerangkannya. Begitulah saya hari-hari rutinnya memberi kuliah subuh.
Apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah bukannya mengenai corak penyampaian ataupun kedaan yang terlintas di sudut kepala pemikiran akan tetapi ingin berkongsi ilmu dan buah fikiran mengenai hadis tersebut.
Hadis tersebut diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a hadis ii bertujuan menyatakan bahawa beliau adalah di antara para sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling banyak menghafal hadis daripada Nabi Muhammad. Akan tetapi menurut hadis itu menerangkan yang paling banyak mempunyai ilmu ialah yang paling banyak menulis.
Sudah jelas bahawa kitasebagai pelajar mahupun sesiapa perlu meneruskan atau memulakan penulisan tidak kira memulakan penulisan di kertas atau di blog. Oleh itu berhatila-hati dengan setiap penulisan yang kita tulus dan perlu bertanggungjawablah terhadap penulisan kita.