Thursday, August 9, 2007

Multaqa Ulama'

Pada hari Khamis dan Jumaat iaitu 2 dan Ogos 2007, saya telah dilantik sebagai AJK Cenderahati. Pgrama ini dijalankan di Hotel Grand River Riview Kota Bharu Kelantan. Alhamadulillah perjalanan program berlangsung dengan baik sekali.

Pengisian programnya ialah perbentangan kertas kerja daripada tiga orang tokoh ulama' Kelantan iaitu Dato' Timbalan Mufti pembentang kertas kerja yang pertama, pembentang kertas kerja kedua ialah Prof Dr Abdul Syukur Hayyie dan yang terakhir ialah Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi. Kesemuanya membentagkan kertas kerja dengan baik tetapi Dato' Timbalan Mufti tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam pembentangan tersebut.

Seterusnya, acara program diteruskan dengan acara perasmian dan penyampaian hadiah daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia. Inilah pengalaman kali pertama saya perolehi iaitu bertemu muka dengannya. Saya adalah yang dipertanggungjawabkan untuk meletakkan dan membawa hadiah kepadanya. Pengalaman juru kamera mengambil gambar yang "bertalu-talu" rasa macam diri ini dikenali tetapi tidak. Gambar Paklah yang banyak.

Di sini juga sayamengenali Pensyarah Bahasa Inggeris iaitu Kak Aini yang sangat fanatik dengan bahasa Arab, tetap jangan ingat beliau pensayarah bahasa Arab tetapi pensayarah bahasa Inggeris. Saya cukup kagum dengannya. Semangat untuk belajar bahasa arab itu sukar diertikan dengan kata-kata.

Namun ini adalah pengalaman saya yang pertama di Kelanatan merupakan pengalaman manis yang tidak mungkin saya akan lupai, insyaallah.

1 comment:

~albazrah~ said...

Assalamu'alaykum, kak azma ada email kan burdah...kalau tak dapat atau tak boleh buka jgn segan2 beritahu.

Bagusnya pengalaman tu..mahal harga dia...