Entah mengapa dan bagaimana saya sendiri pun masih tidak memahami mengapa hari ini kita masih tidak menyedari bahawa umur yang bertambah sepatutnya mematangkan kita (nasihat untuk diri sendiri), namun apa yang terjadi sebaliknya.
Pada awal belasan tahun boleh beramal dan membaca dengan banyak tetapi ketika ini apa yang terjadi sebaliknya, ini adalah ujian yang telah dikenakan kepada saya, dahulu lain sekarang pun lain.
- Dahulu banyak baca buku tetapi hari ini seminggu satu buku pun susah.
- Dahulu selalu bangun tahajud tetapi hari ini bangun sehari dalam sebulan pun susah.
- Dahulu membaca al-Quran setiap masa tetapi hari ini beberapa hari dalam seminggu mesti tertinggal.
- Dahulu selalu menghadiri kelas pengajian agama tetapi hari ini kelas agama pun cari tak berjumpa.
- Dahulu solat jemaah tak pernah tertinggal tatapi hari ini sehari boleh kot dapat tiga kali solat jemaah.
- Dahulu banyak berzikir tetapi hari ini tasbih pun entah ke mana.
Ini adalah amalan yang telah dilakukan semasa zaman belasan tahun, saya merasakan perkara ini terjadi kerana ketika mempunyai kelapangan masa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. pada masa dahulu telah ditaik balik kerana saya merasakan tidak pernah mensyukuri itu adalah nikmat yang Allah berikan iaitu nikmat kelapangan masa.
Sampai bila perkara harus teus berlaku dalam hidup ini. Ya Allah ampuni setiap dosa yang hamba-Mu telah lakukan dan akan datang.
2 comments:
Alfu alfi mabruk!!! Selamat Hari Lahir.
salam kenal!
terima kaseh krana berkunjung.
=)
Post a Comment