Wednesday, December 31, 2008

Satu Perubahan

'Aish bersama ibunya



Aku berazam pada tahun 2009 ini akan lebih motivasi. Ya kerana MA dalam pembikinan kalau malas macam mana nak siapkan?




Ya anakda sudah ada perubahan, sudah boleh meniarap. Walid juga akan berusaha.



Kisah 2008

Aku ada beberapa kisah yang menarik dan menggembirakan di antaranya ialah:

1. Aku dikurniakan seorang srikandi Nor Rahadatul 'Aish. Pertama kali mengendong anak dan mengazankan dalam keadaan matanya melihat aku. Argh aku jatuh cinta.

2. Aku Dapat pergi ke Istanbul bersama para pelajar. Satu pengalaman ke tempat yang ingin aku pergi lagi satu hari nanti. Aku berazam.

3. Adikku Mohd Afiat Dhiyaulhaq bertunang dengan gadis pilihannya iaitu dari Pulau Pinang. Hehe sama macam abgnya cuma dia lebih kacak daripada aku.

4. Isteriku dapat penempatan guru di Kelantan, alhamdulillah berada berdekatan dengan suaminya hampir 7 bulan berjauhan.

5. Aku buat satu lagi lawatan akademik ke Karimun, Riau Indonesia, walaupun dalam keadaan penuh kontroversi. Yer aku malas pergi kerana tiada pelajar yang dapat mengikuti lawatan kali ini.

6. Aku mempunyai banyak tempat berdiskusi dan berwacana. Aku beruntung kerana dikelilingi oleh saudara mara yang bijak pandai seperti ayahku yang sentiasa berbicara mengenai rahsia Ihya Ulumuddin, Ayah mertua dalam bidang seni bina, Pakcik Alwi dengan sejarahnya, Pakcik Hisyam tempat sumber rujukan aku dalam bidang agama dan tidak lupa kepada abg iparku sekarang berada di USA. Aku kagum dengannya kerana dalam umurnya sebegitu muda belajar PHd, aku jadikan dia sebagai contoh. Ya aku dikelilingi oleh insan yang hebat.

Suka & Duka

Sudah lama tidak "memelihara" blog ini, mungkin disebabkan beberapa faktor yang perlu diberi lebih perhatian.

Hari ini baru terasa hendak menulis kerana ingin merasai semula nikmat menulis ini. Ada dua perkara yang berlaku satu duka dan satu lagi suka.

Awal pagi pada jam 8 pagi lebih kurang, aku menerima panggilan daripada Dhiyaulhaq (adikku) mengenai satu surat jawapan permohonan aku yang baru sampai di rumah. Katanya dukacita. Ok aku tidaklah terkejut sangat tetapi ada sedikit kekecewaan dalam hati.

Namun petang semalam, aku ceritakan kepada isteri di rumah mengenai surat itu dan katanya mungkin akan dapat lebih baik daripada yang ini. ok aku terima. Isteriku memang seorang yang cepat tangkap apa yang bermain difikiran aku ketika itu, tidak lama dia dapat menenangkan aku (cepat kelam kabut). Itulah kelebihan isteriku.

Pada masa aku berbual dengan isteriku, anakku sudah melakukan satu perubahan iaitu meniarap. Inilah pengubat aku. Semalam adalah kali pertama dia dapat meniarap dengan sendirinya. Alhamdulillah dalam usia 3 bulan 12 hari.

Pening kepala dalam seminggu dua ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran aku dan pada masa yang sama sukarnya hendak mencari pengasuh disekitar machang ini. Alhamdulillah semua masalah ini dapat diselesaikan, saya banyak-banyak terima kasih kepada Teacher Nik Ishah dan Kak Dah kerana sudi menjadi pengasuh anakda.

Hampir kesemuanya sudah selesai. Alhamdulillah.

Wednesday, December 17, 2008

Adab Memelihara Binatang

Daripada Ibn Umar: "Rasulullah bersabda: Seorang wanita disiksa kerana kucing pemeliharaanyaa mati kelaparan maka wanita itu masuk neraka"(al-Bukhari)

Cinta Jiwa Cinta Suci

Apabila melawat satu blog seorang rakan yang menulis mengenai cinta, ya mungkin lain orang lain pandangan mengenai cinta.

Semasa dalam proses berkelana, aku telah bertemu cinta yang membekas dalam diri. Tidak boleh dicari ganti.

Aku perlu teruskan berkelana untuk mencari cinta yang perna hinggap di hati ku. Bukan cinta biasa. Cintanya luar biasa kepada sesiapa yang merasai nikmat cinta.

*aku perlu pulang ke Tasik Gelugor berjumpa guru
*perlukah aku diberi minuman kedua?

Hanya Peringatan

Aristotle
* Hari ini bertemu di alam maya dengan rakan lama yang mempunyai kisah yang tersendiri.

Sunday, December 14, 2008

l Love You...

Ini adalah sebuah lagu kegemaran antara aku dan kekasih hati. Lagu inilah memberi kenangan kepada aku dan isteriku.

Adakah Anda Pencinta Bahasa Melayu?

Anda boleh melawat dan menghayati perkara yang ditulis oleh ahli akademik MELAYU kita.

1. http://profabdullah1.wordpress.com.

1 Tahun Begelar Suami

Hari ini, 14 Disember 2008 genap satu tahun sudah bergelar suami kepada Nor Hafizah Ab. Majid. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang srikandi sudah berumur 3 bulan menambahkan kenikmatan dalam rumahtangga.

Menyorot kembali sejarah pertemuan pertama dengan kekasih hati, ketika itu aku baru sahaja tamat belajar di Darul Quran Jakim dan aku dipertemukan dengan kekasih masih belaja di UPM. Sudah tentu aku gembira aku dapat bertemu sekali semasa menghadiri peperiksaan MUET. Pada masa yang sama aku menghadiri satu expo akademik di UPM. Kesemuanya terimbau kenangan ini di hadapan mata senyuman dan tawa riangnya.

Aku mengambil masa tidak lama untuk bertunang dan seterusnya berkahwin. Terima kasih untuk menjadi permaisuri hati ku.

Bahasa Melayu Ke Mana Arah Tujunya

Hari merupakan hari pertama masuk kerja setelah bercuti selama 14 hari. Selama bercuti di kampung dapat bertemu beberapa orang rakan daripada pelbagai latar belakang politik dan pelbagai agenda dibincangkan.

Pada hari ini masih dalam keadaan bercuti walaupun sudah bermula bekerja amat tertarik dengan perbincangan daripada penulis Puan Ainon. Sudah menjadi rutin harian membaca penulisannya di sini Universiti Terbuka PTS. Penulisan berdasarkan fakta amat mudah untuk kita fahami bahawa bertapa pentingnya mempertahankan agenda penerusan pembelajaran Bahasa Melayu kepada anak Melayu pada hari ini.

Pengajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains amatlah tidak tepat kerana mudah untuk kita fahamai bahasa adalah teras kepada pembinaan budaya bangsa kita sendiri.

Thursday, December 4, 2008

Rindu?


Ya aku rindu. Rindu pada semuanya. Aku rindu pada cartoon. Sekarang tiada masa menontonnya.


Bila menonton rasa segar.

Ya, Aku Sudah Pulang

Aku baru tiba dari Karimun Riau pada jam 5 pagi, aduh rasa letih sangat tetapi apakan daya aku cuti hanya tinggal dua hari lagi yang terpaksa dimanfaatkan untuk cuti Hari Raya Aidiladha.

Apa cerita aku di sana? Sebenarnya niat aku untuk mencari tempat sejarah di sana tidak berjaya. Aku merasai kecewa itu apabila semua perancangan yang dirancang di sini diubahsuai pada saat akhir. Ramai peserta tidak peduli tetapi aku peduli perkara sebegini.

Tidak aku nafikan, di sana memang syurga untuk membeli belah seperti pakaian, barangan cenderahati dan aku tidak lupa untuk membeli 4 buah buku dan satu hadiah dari Pak Irwanto seorang dosen di Universitas Karimun. Terima kasih Pak kerna mempunyai minat yang sama. Pak Irwanto juga mencadangkan aku membeli buku Manajemen Menangis sebuah karya yang menarik untuk dibaca dan diulas.

Aku masih dalam keletihan, Insyaallaah petang ini bertolak pulang ke Perlis. Seperti mana kita sedia maklumi, masyarakat Indonesia (di Universitas Karimun) menghormati Malaysia. Aku tidak mahu mengulas perihal ini disini kerana ada perbincangan di sana.

Pulau Karimun tidak jauh dari Johor hanya mengambil masa 45 minit sahaja menggunakan feri. Kepada sesiapa yang ingin membeli belah jangan lupa membawa duit yang banyak kerana aku sudah menghabiskan di sana lebih kurang 5 juta rupiah. Lumayan.