Sudah lama tidak "memelihara" blog ini, mungkin disebabkan beberapa faktor yang perlu diberi lebih perhatian.
Hari ini baru terasa hendak menulis kerana ingin merasai semula nikmat menulis ini. Ada dua perkara yang berlaku satu duka dan satu lagi suka.
Awal pagi pada jam 8 pagi lebih kurang, aku menerima panggilan daripada Dhiyaulhaq (adikku) mengenai satu surat jawapan permohonan aku yang baru sampai di rumah. Katanya dukacita. Ok aku tidaklah terkejut sangat tetapi ada sedikit kekecewaan dalam hati.
Namun petang semalam, aku ceritakan kepada isteri di rumah mengenai surat itu dan katanya mungkin akan dapat lebih baik daripada yang ini. ok aku terima. Isteriku memang seorang yang cepat tangkap apa yang bermain difikiran aku ketika itu, tidak lama dia dapat menenangkan aku (cepat kelam kabut). Itulah kelebihan isteriku.
Pada masa aku berbual dengan isteriku, anakku sudah melakukan satu perubahan iaitu meniarap. Inilah pengubat aku. Semalam adalah kali pertama dia dapat meniarap dengan sendirinya. Alhamdulillah dalam usia 3 bulan 12 hari.
Pening kepala dalam seminggu dua ini, adalah berkaitan dengan pembelajaran aku dan pada masa yang sama sukarnya hendak mencari pengasuh disekitar machang ini. Alhamdulillah semua masalah ini dapat diselesaikan, saya banyak-banyak terima kasih kepada Teacher Nik Ishah dan Kak Dah kerana sudi menjadi pengasuh anakda.
Hampir kesemuanya sudah selesai. Alhamdulillah.
1 comment:
ustaz,nak jadi pengasuh aish jugak! hehehhehe..meh nak tolong..
Post a Comment