Tahniah kepada Khairy Jamaluddin yang memenangi pertandingan Ketua Pemuda semalam. Amatlah diharapkan ketua pemuda yang baru ini dapat membawa perubahan. Ya ayuh Khairy jangan berlengah lagi!
“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Thursday, March 26, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Aku Terima
Beberapa dugaan dan ujian aku terima dalam bulan ini iaitu Mac. Bulan ini memang banyak membawa ujian yang kadang kala sukar dimengertikan.
- Pertamanya anakda sudah berumur 6 bulan, alhamdulillah dalam proses pembesaran ini memang tidak dielakkan pelbagai perkara yang tidak diingini tetap berlaku. Sakit adalah perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa. Mana tidaknya anak kecil menangis menahan kesakitan. Ya aku berani katakan di sini, sesiapa yang berkahwin dan mempunyai anak sudah pasti cinta dan sayangnya kepada kedua-dua ibu bapa akan bertambah.
- Mana tidaknya, kita mengimbau kembali bagaimana kita dijaga,diasuh, dan dibelai manja. Apabila kita meningkat dewasa boleh melakukan perkara yang melukakan hati sang ibu. Ya siapa yang bakal dan akan memiliki anak renungkanlah. Memang benar syurga di bawah tapak kaki ibu!
- Aku juga sekarang ini, menderita kesakitan. Aku sukar hendak makan dan bercakap, aku berdiam diri sepanjang masa. Ya aku sakit, sakit yang aku kerap menimpa aku, abah, dan saudara mara aku iaitu ulser mulut.
- Bezanya kesakitan mempunyai perbedaan tempat atau kawasan mulut. Jika terjadi disekitar bibir tidaklah menyakitkan berbanding dengan kawasan lidah. Ya ulser telah terjadi di kawasan lidah aku. Bad mood sepanjang hari.
- Seterusnya mengenai MA aku, aku bertungkus lumus, letih, dan merosot kadar penulisan aku. Kenapa? ini adalah pengaruh kuat politik yang meresap dalam minda aku. Ya terutamanya isu mengenai PPSMI. Aku mengharap isu ini diselesaikan dengan segera.
- Aku rasa kecewa dan sedih sudah hampir dua minggu aku tidak muraja'ah al-Quran. Ya memang sedih.
Tuesday, March 24, 2009
Kelebihan Saidina Ali
Hadis riwayat Saad bin Abu Waqqash ra. ia berkata:
Rasulullah saw. berkata kepada Ali bin Abu Thalib: Sesungguhnya kedudukanmu terhadapku adalah seperti kedudukan Harun terhadap Musa, hanya saja tidak ada seorang nabi pun sesudahku.
Muslim: 4481
Love~Love~Love
" My bounty is as boundless as the sea, my love as deep; the more I give to thee, the more I have, for both are infinite."
~ William Shakespeare
Sunday, March 22, 2009
Nasihat Tuan Imam Besar al-Ghzali
Nasihat Imam Al- Ghazali
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
Syukran Tuan Fahmi,

Tuesday, March 10, 2009
Selamat Hari Lahir Ya Habibi
Semalam merupakan hari lahir Rasulullah, walaupun ada dikalangan ulama' terdapat pandangan yang berbeza. Namun apa yang pentingnya bukan tarikh tetapi mengikut sunnah Rasul Allah yang penting bagi umatnya amalkan.
Sejauh manakah kecintaan kita kepada Kekasih Allah itu, adakah dengan diberikan cuti umum sudah dikira kita sebagai pengikut sunnah, dengan perarakan membawa sepanduk juga sudah mendapat ganjaran yang dijanjikan.
Apakah sebenarnya yang ingin dicari oleh manusia hanya beberapa ketika baru mengingati Rasul Allah?
Salam alaika Ya Habibi! Kami umatmu mohon syafaatmu ya khalili.

Sunday, March 8, 2009
Mau'izah 'ala al-Qalbi
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT :
PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KELIMA: jaga sedekah setiap hari.
KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.
syukran ila "bolok DQ"
Thursday, March 5, 2009
Apabila Dugong Menulis
Pada kali ini tulisan tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi tulisan ini aku khususkan kepada pengkhianat dan penyebar fitnah semasa aku bekerja di 'sana' dahulu.
Hah! dia tulis buku mengenai kejujuran? Adakah kejujuran baginya boleh menyebarkan fitnah? Kejujuran apakah yang dugong ini faham? Entahlah kadang-kadang ada benar juga bila mana seorang rakan menyatakan wujud pada hari ini ahli akademik yang tidak tulen. Ya seseorang yang tidak beramal dengan ilmunya. Ya dia bercakap lain dan buat lain.
Tajuk penulisannya ialah Kejujuran resam dalam organisasi. hmm sudahlah dugong woi.
Entahlah aku rasa setiap penulisannya seperti sampah!
Subscribe to:
Posts (Atom)