“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Monday, September 28, 2009
Jauh dan Keletihan
Letih dalam keseronokan.
Wednesday, September 16, 2009
Jadual Perjalanan Hari Raya
Bila anakda 'Aish demam jadual perjalanan pulang ke kampung mungkin dirombak semula tetapi jadual dan perancangan asal akan diikuti sekiranya buah hati Walid sihat. Insyaallah.
16.9.2009 (Rabu)
Hari ini bertolak pulang ke Pulau Pinang selepas Zohor disebabkan besok berjanji hendak berjumpa murabbi di USM. Harapannya tidak ada masalah dengan bab yang kedua ini.
17.9.2009 (Khamis)
Bertolak ke Perlis. Pada tahun ini giliran raya di kampung halaman sendiri. Setelah berjaya mengayat adinda dengan memberi pelbagai alasan dan konotasi. Maka berjaya juga tahun ini raya di Perlis.
21.9.2009 (Isnin)
Hari raya kedua bertolak ke Tanjung Karang, Selangor. Kali pertama pulang berhari raya di sana. Mungkin ada kelainan. Seumur hidup ini merupakan kali pertama raya ditempat lain manakala Fizah sudah dua kali berhari raya di Perlis termasuk yang terbaru ini. Berada di Tanjung Karang selama tiga hari.
23.9.2009 (Rabu)
Bertolak pula ke Pontian, Johor. Bila pergi Pontian dijangka mudah untuk membeli belah barangan kereta yang murah dan dekat pula dengan pelabuhan kukup. Rasanya hendak pergi ke pulau Karimun Indonesia, tempat beli belaj barang yang murah. Jaraknya tidak jauh rasanya lebih kurang Kuala Perlis ke Langkawai. Ini juga kali pertama berhari raya di Johor. Tahun lepas datang semasa cuti sekolah.
26.9.2009 (Sabtu)
Ambo kelik Kelate hari ini. Setelah puas berhari raya. Rasanya jalan akan sesak pada hari ini.
Tahun ini warna dipilih ialah warna hijau pucuk pisang. Sebab 'Aish suka makan pisang bersama Walidnya. Hari raya tahun ini, jauh jaraknya dan rasanya memberi kepuasan dalam erti kata rapat kasih silaturrahim antara saudara mara yang jarang sekali bersua.
Tuesday, September 15, 2009
Program Merakyat di Jeli
Setiap program sempat memberi tazkirah Ramadhan. Pada hari pertama tajuk mengenai mencari Lailatul Qadar dan pada hari kedua tajuknya ialah Menyambut hari raya berdasarkan al-Quran dan Hadis. Walaupun acara ini ringkas tetapi wujud kepuasan dengan soalan-soalan yang lain dari yang lain.
Rasa perbezaan dari tutur bicara bila berprogram bersama masyarakat kampung. Ayat-ayat yang seirng digunakan perlu diolah untuk menjadi mudah. Sukar sebenarnya bila bertukar audien dari mahasiswa kepada orang dewasa.
Program sebegini diadakan setiap tahun dan program ini merupakan satu servis untuk masyarakat bertanya dan berkongsi maklumat mengenai UiTM dan kebijakan pemimpin politik di Malaysia.
Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
Batal Puasa Ker?
Dalam kesibukan menghadiri jemputan ceramah dan tazkirah ramadhan ni. Ada pelbagai soalan yang berulang dan soalan terbaru yang perlu difikirkan. Pagi tadi ada satu soalan daripada seorang pendengar.
“Ustaz batalkah puasa sepasang suami isteri jika bercium di siang hari?” Kenapa soalan ini ditanya pada saat pengujung Ramadhan begini? Setelah selesai semua soalan dijawab ada soalan mengenai penerangan aku mengenai solat Jumaat.
Sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat adakah solat Jumaat boleh ditinggalkan pada hari itu? Soalan ini pernah dihadapi semasa di negeri tercinta. Selesai penerangan, terdapat seorang pendengar yang rasanya kurang berpuas hati. Tidak mengapa boleh dibincangkan lagi.
Macama soalan timbul, menitis ubat eye more adakah batal puasa? Seorang pengidap asma yang bergantung hayat dengan alat bantuan (tak tau nak sebut).? Bagaiamanakah individu ini boleh berpuasa.
Tiap-tiap tahun isu ini wujud dalam sesi kuliah mahupun tazkirah.
KB, parking yang menyusahkan
Letih bawa kereta, letih tekan brek dan kelas. Nasib baik hati hari ini ok. Aish pasti gembira sebabnya pusing satu tesco dia jadi pemandu troli. Nasib walid pemandu yang kuat.
Satu lagi hadiah hari jadi Aish sempat beli tadi. PAsti jangok anak ambo...hehe
Friday, September 11, 2009
Mak Mah Pasar Siti Khadijah
Aku ingat rumahnya dekat dengan rumah Kak Long sebabnya isteri kata tak jauh dari rumahnya. Jadi aku pun sampai di Pangkalan Chepa. Rupanya silap dan tersesat. Patah balik untuk cari rumahnya di Tanjung Chat. Pertama kali dengar nama kawasan ni. Ingat Tanjung Tuan saja yang ada.
Alhamdulillah hasil bantuan suaminya yang mencari aku membawa kembali ke pangkal jalan. Berbuka dengan kuih akok. Rrupa-rupanya kuih ni memang diminati oleh kebanyakan rakyat Kelantan. Aku kurang minat kuih ini sebab bau telurnya agak kuat. Tetapi di Kelantan memang kaya dengan kuih muih.
Sedap makan daging masak kicap yag dicampur rempah. Pertama kali juga makan masak kicap campur rempah ni. Sedap Mak Mah masak.
Besok pergi ke kadainya untuk cari kain pasang dan tudung untuk adik-adik dan saudara mara. HArap besok KB tak ramai sangat orangnya.
Ucapan Untuk.....
Tuesday, September 8, 2009
Kenangan Ramadhan
Bulan Ramadhan banyak meniggalkan kenangan manis kepada setiap insan. Saya terkenang dua kenangan manis ketika ini kerana sebenarnya banyak jika hendak dicoretkan di sini.
Pertama: Pada 15 Ramadhan 1428 Hijrah, dua tahun dahulu buat pertama kalinya menjejaki rumah Nor Hafizah. Semasa masih belum bertunang tapi dalam keadaan berkenalan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 dan Ramadhan 1428 Hijrah. Bertolak dari Perlis menaiki bas Tranasional tiba di Buterworth jam 3 petang.
Pertama kali tiba di Bukit Gedung, jantung tiba-tiba berdebar. Sebelum ini tidak pernah berdebar sebegini rupa. Jejak kaki di rumahnya setelah pintu terbuka dengan sendirinya. Jantung berdegup kencang.
Masuk dalam rumah, duduk seketika atas sofa, cara untuk hilangkan debar minta izin pergi ke tandas. Selamat rasa seketika. Selamat selepas itu, bersembang dan tunggu untuk berbuka puasa.
Kedua: Tanggal 18 Ramadhan 1429 Hijrah mendapat gelaran baru tidak sampai setahun perkahwinan. 4.30 pagi di hospital Pulau Pinang Nor Rahadatul 'Aish dilahirkan. Gelaran Ibu untuk Nor Hafizah. Terima kasih tahniah buat isteri Nor Hafizah dengan gelaran baru ini.
Anakda sudah setahun mengikut kalender Hijri. Setiap kemajuan dan perubahan walid menantikan penuh sabar. Dari meniarap, merangkak dan 10 bulan berjalan. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.
Selamat Hari Lahir Nor Rahadatul 'Aish bt. Mohd Miqdad Aswad, BÉrakallÉhu FÊka.
Wednesday, September 2, 2009
Satu Pencarian
Pagi tadi membaca satu entry terbaru daripada supervisor saya Dr. Nizam. Beliau menulis satu entry yang bagus mengenai satu kisah pengislaman seorang Chinese. Saya juga ingin berkongsi kisah ini bersama tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, datuk-datuk, nenek-nenek dan saudara saudari. Kisah pengembaraan mencari jalan kebenaran.
Boleh lihat di www.drnizam.com
Cuti Hari Kemerdekaan
- Pulang ke kampung isteri di Pulau Pinang pada petang Khamis lepas. Kepulangan kali ini agak menguju tahap pemanduan dan kecekapan, bila mana cermin kereta di hadapan retak seribu sebelum sampai Tasik Banding. Jarak yang masih jauh menjadikan perjalanan kurang enak kerana terdapat anak kecil bersama. Memandu kereta dalam keadaan hujan dan cermin pecah amat memenatkan dengan pemandangan memang terbatas dan amat berbahaya. Alhamdulillah dengan bantuan daripada Allah sampai di Penang jam 7.30 malam. Kesian 'Aish terkejut dengan pekikan suruh keluar dari kereta. Besok pagi terus hantar kereta ke bengkel selamat RM $00.
- Petang jumpa murabbi untuk pembetulan bab pertama dan kedua. Terima kasih Dr. Nizam.
- Sabtu memandu ke Perlis, jumpa mak rindu sangat dengan cucunya, ingat rindu dengan anaknya, 'Aish telah merampas tempat walidnya. Jika pulang ke Perlis tidak sekiranya tidak menjamah laksa Kuala Perlis, habis ½ kg.
- Petang Isnin bertolak ke Kelantan, sedang sedap memandu dikejutkan dengan satu kemalangan sebuah bas dan sebuah kereta Satria. Bas menjunam ke dalam gaung dan Satria hancur. Ngeri!
- Sekarang sedang melihat dan memilih cuti yang sesuai hendak berhari raya. Tahun ni beraya dari Perlis hingga ke Johor.