Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Ramadhan

Bulan Ramadhan banyak meniggalkan kenangan manis kepada setiap insan. Saya terkenang dua kenangan manis ketika ini kerana sebenarnya banyak jika hendak dicoretkan di sini.

Pertama: Pada 15 Ramadhan 1428 Hijrah, dua tahun dahulu buat pertama kalinya menjejaki rumah Nor Hafizah. Semasa masih belum bertunang tapi dalam keadaan berkenalan. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 dan Ramadhan 1428 Hijrah. Bertolak dari Perlis menaiki bas Tranasional tiba di Buterworth jam 3 petang.

Pertama kali tiba di Bukit Gedung, jantung tiba-tiba berdebar. Sebelum ini tidak pernah berdebar sebegini rupa. Jejak kaki di rumahnya setelah pintu terbuka dengan sendirinya. Jantung berdegup kencang.

Masuk dalam rumah, duduk seketika atas sofa, cara untuk hilangkan debar minta izin pergi ke tandas. Selamat rasa seketika. Selamat selepas itu, bersembang dan tunggu untuk berbuka puasa.

Kedua: Tanggal 18 Ramadhan 1429 Hijrah mendapat gelaran baru tidak sampai setahun perkahwinan. 4.30 pagi di hospital Pulau Pinang Nor Rahadatul 'Aish dilahirkan. Gelaran Ibu untuk Nor Hafizah. Terima kasih tahniah buat isteri Nor Hafizah dengan gelaran baru ini.

Anakda sudah setahun mengikut kalender Hijri. Setiap kemajuan dan perubahan walid menantikan penuh sabar. Dari meniarap, merangkak dan 10 bulan berjalan. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.

Selamat Hari Lahir Nor Rahadatul 'Aish bt. Mohd Miqdad Aswad, BÉrakallÉhu FÊka.

9 comments:

srikandi said...

hehhehe..kenangan 1st time g umah mertua la ni..

saya lahir pada bulan ramadhan jugak ustaz,25ramadhan1408.

Nur Sabrina said...

salam..isteri ustaz ke prg penang..dkt dgn rumah ana dah bukit gedung tu..

Nida n' Hanafi said...

hehe..best juga baca part bgmn nk hilang gabra...gi tandas rupanya..hehe

p/s: Ramadhan juga meninggalkan pelbagai kenangan buat Mak Su dan Pak Nep, 22 Ramadhan, ayahanda Muhammadon b. Juhari dijemput Ilahi dan 5 Ramadhan, Hj. Ahmad b. Endut turut dipanggil Ilahi

muqayankabut said...

Ana Muslimah,

Dah dekat ka? kat mana rumah kamu tu? dekat giant?

Maksu,

Benar kata maksu semasa saya berjanji dengan atuk hendak balik ke johor hujung tahun tapi agak terkilan tidak juga atuk melihat ciciknya.

Ralat kerana banyak kali atuk nak tgok cucnya..rindu pada hafizah.

Nur Sabrina said...

rumah ana dkt sg.nibong..dekat ngn giant,sunshine..raya dkt mana nti ustz??

muqayankabut said...

Ustaz selalu pergi shoping kat sunshine, rasanya hari khamis depan pun akan pergi juga.

Bila kamu balik?

Nur Sabrina said...

ouh ada ana dgr hartu masa malam khatam al-Quran ustaz sembang dgn budak2 jppih pasal sunshine..ana blik 16 pagi..jemput la dtg raya dkt rumah, ustaz bwa isteri dan anak..

muqayankabut said...

Ana Muslimah,

Ustaz minta maaf, kamu nama apa, ustaz xperasan kamu sebanernya...

Kolej mana kamu tinggal? pernah ustaz ceramah tak.

Nur Sabrina said...

salam ustaz,ustaz xknal ke sya..sy sabrina..pernah artu sy tnya soalan pasal qunut..kolej d.o..