Tuesday, September 15, 2009

Program Merakyat di Jeli

Alhamdulillah selama dua hari berturut-berturut menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat Jeli. Program diadakan di Kg. Kajang dan semalan di Kg. Belahat. Saya merasakan satu keronokan dapat berbuka puasa bersama masyarakat kampung disebabkan aktiviti yang dijalankan secara gotong-royong masih hidup di sana.

Setiap program sempat memberi tazkirah Ramadhan. Pada hari pertama tajuk mengenai mencari Lailatul Qadar dan pada hari kedua tajuknya ialah Menyambut hari raya berdasarkan al-Quran dan Hadis. Walaupun acara ini ringkas tetapi wujud kepuasan dengan soalan-soalan yang lain dari yang lain.

Rasa perbezaan dari tutur bicara bila berprogram bersama masyarakat kampung. Ayat-ayat yang seirng digunakan perlu diolah untuk menjadi mudah. Sukar sebenarnya bila bertukar audien dari mahasiswa kepada orang dewasa.

Program sebegini diadakan setiap tahun dan program ini merupakan satu servis untuk masyarakat bertanya dan berkongsi maklumat mengenai UiTM dan kebijakan pemimpin politik di Malaysia.

No comments: