Thursday, October 1, 2009

Teman Baru

  1. Satu kejutan yang dirancang oleh bapa saudara Pakteh bersama isterinya Makteh Sharina memang betul-betul terjadi. Perkara ini dirahsiakan daripada pengetahuan Tok Cah dan Tok Wan.
  2. Katanya Pakteh hendak balik beraya pada hari raya tahun ini bersama Makteh, tetapi kunjungan mereka tidak tiba sehinggakan saudara mara pulang ke kota.
  3. Rupa-rupanya Makteh telah selamat melahirkan anaknya yang pertama yang diberi nama Zahra.
  4. Tarikh jangkaan ialah pada bulan november tetapi kerana kepenatan dan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan kelahiran anak lebih awal daripada jangkaan.
  5. Saudara mara tidak mengetahui Makteh telah mengandung kerana masih lagi belajar di Moscow dalam bidang perubatan. Katanya hendak habiskan dahulu pengajian.
  6. Perjalanan jauh dari Moscow pada 29 Ramadhan dan melahirkan anak pada 2 Syawal.
  7. Tambah seorang lagi sepupu dalam keluarga Tok Cah dan Wan Safar.
  8. Semua bapa saudara sudah ada anak masing dan Pakteh yang terakhir.
  9. Selamat datang Zahra Idris dalam keluarga kami.

2 comments:

Unknown said...

Teman ya? Bukan ahli baharu ya?

muqayankabut said...

teman maksudnya sepupu. Jika ahli baru mungkin saya gunakan untuk anak sendiri. Tapi boleh saja jika hendak gunakan untuk saudara ataupun anak sendiri.