Thursday, October 22, 2009

Terkena, Nak Buat Macam Mana

Pelajar bengkak pipi ditampar guru

Satu lagi kes yang tidak sepatutnya menjadi bahan tatpan umum di akhbar perdana. Perkara sekecil ini harus diselesaikan secara baik dengan berjumpa guru atau pihak pengurusan sekolah. Adakah setiap kali kesilapan guru harus "diajar" dengan melaporkan kepada wartawan dan pihak berkuasa.

Jika hendak dibandingkan perkara ini suatu ketika dahulu. Pengalaman peribadi juga pernah dipukul dan ditampar oleh guru. Itu satu bentuk hukuman kerana kesalahan kita atau untuk mengajar anak didik supaya menjadi manusia yang tehormat, bukan menjadi insan yang manja seperti yang berlaku pada hari ini anak-anak muda masih lagi bergantung harap dengan bantuan ibu bapa.

Pernah terpikir nafkah bapa kepada anak lelaki adalah sehingga anaknya baligh. Itu sahaja tetapi pada hari ini masuk universti masih lagi tidak wujud kematangan dengan meminta sedangkan sudah mendapat pinjaman wang. Akibatnya melahikan generasi yang tidak mempunyai semangat juang yang tinggi.

Sikit-sikit mak, sikit-sikit abah, hmmm..Bila masa kematangan akan hadir dalam diri?

5 comments:

Nida said...
This comment has been removed by the author.
Nida said...

Kesian cikgu2 zaman sekarang. Selain dibebani dengan kerja2 perkeranian "yang menyebabkan mengajar jatuh nombir dua", guru2 juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai provokasi yang tak sepatutnya berlaku.

Teringat pada satu pengalaman, ketika tu Mak Su mengambil beg seorang pelajar yg ponteng kelas Mak Su (dah banyak kali budak ni ponteng)... beg tu Mak Su bagi pada GPK HEm, apabila pelajar tu tau je Mak Su ambil begnya, dia terus berjumpa mak su dengan keadaan tangan yang digenggam (macam nak bertumbuk) dan bercakap dengan suara yang tinggi pada Mak Su "Apa dah takde kerja lain! kerja amik beg orang jer..ingat aku takut ke???".. Mak Su cuma diam sambil memandang muka pelajar tu "Habis dah..kalau masih tak puas hati mari ikut saya jumpa guru disiplin".. itulah keadaan guru sekarang, nak merotan tak boleh, nak cuit pun tak boleh...malah nak berkata2 pun kena bertapis...

p/s: guru juga manusia biasa yg punya perasaan....

muqay said...

Maksu perlu belajar silat rasanya, senang untuk belasah budak yg megenggam penumbuk.

Miq hampir belasah sorang budak kat sini.

Nida said...

Daripada Mak Su belajar silat, baik Mak Su belajar silap mata.. boleh gak main hilang-hilang..hehe

Sabar ustaz.... mereka tu budak2 yang tak matang, klu kita layan depa, kita pun tak matang macam depa.

LUKISAN PENA said...

Tuan,
kalau nk belasah jangan lupa ajak kawe..