Monday, November 2, 2009

Susu Ibu

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya … (Al-Baqarah : 233)

Kaum bapa jelas diberi kesempatan untuk memenuhi keperluan ibu yang sepenuh masa memberi penyusuan kepada anak. Dua tahun satu tempoh yang diberikan.

Sekarang ini terdapat dikalangan kakitangan yang bertanya soal memberi susu ibu kepada anak mereka. Saya berkongsi pandangan dengan bakal-bakal ibu dari sudut agama dan peranan suami dalam memberi sokongan kepada kepada isteri untuk memberi susu ibu kepada bayi mereka.

Kaedah-kaedah diterangkan, bagaimana hendak memerah dan kaedah penyimpanan susu. Ini berdasarkan pengalaman peribadi dalam menguruskan ibu yang bekerja dalam penerusan pemberian susu ibu. Anak saya sudah 1 tahun 1 bulan masih meneruskan susu badan. Alhamdulillah, kesannya tidak mudah sakit, aktif, cepat belajar dan cepat berjalan.

Meraikan kebaikan susu ibu. Jika kekurangan susu boleh membeli vitamin.

3 comments:

Nida said...

Alhamdulillah Mak Su berjaya memberi anak2 susu ibu sehingga umur mereka 2 tahun (walaupun tak sepenuhnya)...Kecuali Mizah sebab Mak Su terpaksa meneruskan perjuangan dalam bidang perguruan di Terengganu.

Bagi susu badan ni mudah sebab:

1) tak payah nak bangun bancuh susu malam2

2) kalau travel jauh2 tak payah berhenti untuk buat susu.

3)save budget... sebab susu ibu free.

4)dan yg paling penting..susu ibu adalah hak anak... jadi susukanlah anak dengan susu ibu...

muqay said...

Betul tu Maksu, sekarang ni alhamdulillah susu masih banyak jadi tiada masalah.

'Aish minum susu ibu sahaja masih belum dicampur. Usaha keras juga.

LUKISAN PENA said...

Bagus2..maklumat berguna nih..
Untuk masa depan yang cemerlang..

Thanks for the information