Monday, November 16, 2009

Jaga Setiap Ungkapan Kita

Kehidupan adalah satu perjalanan yang mesti ditempuhi oleh setiap makhluk. Semua yang berada di alam ini mempunyai kehidupan yang tersendiri. Setiap makhluk mempunyai jalan memulakan kehidupan dengan tidak mempunyai persamaan.

Dalam sebuah keluarga, ibu atau ayah menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa menjadi pengadil dan member hikmah kepada anak-anak. Jika ibu bapa melarang sesuatu anak-anaknya melakukan sesuatu kelakuan yang salah, maka peranan ibu bapa juga untuk menegur dan seterusnya member hikmah. Tetapi sebelum menegur, perlu melihat masalah yang dilakukan oleh anak-anaknya, misalnya bapa merokok masakan pula boleh menegur anak yang merokok. Paku serbih orang yang mengata dia yang lebih.

Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mengaji al-Quran salah faham. Mereka mahu anaknya kenal al-Quran tetapi ibu bapa tidak kenal akan al-Quran. Bagaimana mungkin perkara ini akan berlaku? Ataupun ibu bapa hanya hendak anak-anaknya habis dan khatam al-Quran, buat kenduri pulur kuning, panggil ustaz baca doa untuk meluluskan bahawa anaknya sudah khatam al-Quran. Selepas khatam sudah semestinya perlu dibaca setiap hari di rumah. Al-Quran bukan sijil diploma selepas khatam tinggal begitu sahaja. Ini satu perkara ibu bapa masakini tidak memahami. Biarkan anak-anak mereka begitu sahaja.

Begitu juga juga dapat dilihat, ibu bapa tidak menitik beratkan solat berjemaah di Masjid atau di mana-mana. Ibu bapa bising melihat anak-anaknya culas sembahyang. Ibu bapa tidak member penekanan sewajarnya kepada anak-anak. Kita melihat ibu bapa member penekanan kepada peperiksaan lebih utama daripada solat secara berjemaah. Tidak perlu pergi jauh lihat kepada jiran tetangga atau masyarakat sekeliling sudap cukup untuk membuktikannya.

Boleh atau tidak seorang bapa tidak solat memarahi anaknya yang tidak menunaikan solat sepertinya? Boleh atau tidak seorang yang tidak solat jemaah memarahi orang yang tidak solat jemaah sepertinya? Perkara ini berlaku. Pemantau yang tidak berautoriti, pemantau yang hanya tahu bercakap tetapi tidak membuat seperti yang beliau ungkapkan. Lihat dalam surah al-Saf, ayat dua dan tiga. Allah benci kepada golongan ini.

Sesungguhnya perkara sebegini perlu di ambil kira dengan sewajarnya. Bukan hanya menampakkan kesalahan orang lain tetapi perlu melihat kepada diri sendiri.

2 comments:

saljuhumairah said...

Salam,
satu usaha yang sangat bagus untuk rujukan. Teknik dan pengalaman berbeza-beza mungkin sesuai untuk sesetengah orang. Cadangan untuk setiap minggu kuliah diceritakan sedikit pandangan disini.

Idea2 dan permasalahan yang diungkapkan oleh kakitangan boleh dimasukkan di sini atau isu2 yang mungkin dianggap remeh oleh kami didalam bilik mesyrt pro yang mungkin merupakan masalah yang cukup besar disisi agama.

muqayankabut said...

Tuan Sham,

Terima kasih, boleh saya sertakan di sini. Nanti saya tanya kepada kak lia mengenai soalan-soalan tersebut.