Tuesday, February 2, 2010

Bicara Buku: The Mystic of Islam




R. A. Nicholson seorang yang tidak asing bagi para pengkaji tasawuf di Barat mahupun di Timur. Biarpun beliau seorang Barat dan tetapi minatnya terhadap aliran Mistik Islam tidak ditinggalkan malahan beliau mengkaji dengan mendalam.


Buku yang dikarang beliau bertajuk The Mystic of Islam membicarakan ciri-ciri ataupun perkara asas yang perlu difahami untuk mengenali tasawuf dalam Islam. Biarpun ciri-ciri ini boleh disangkalkan, namun karyanya ini mampu memberi keenakan untuk membacanya, malahan lebih baik daripada membaca buku hasil karya penentang tasawuf.


Bagaimana pada bab yang pertama beliau memulakan dengan The Path iaitu lintasan dan bab yang seterusnya. Walaupun kajian beliau menyatakan mistik Islam ini terpengaruh dengan beberapa ajaran atau agama seperti Kristian, Neo-Platonisme, Gnostisisme dan Budhisme.


Mengapa beliau menyatakan terpengaruh dengan ajaran-ajaran daripada agama tadi disebabkan agama-agama itu adalah lebih awal daripada kelahiran agama Islam. Namun, pada akhirnya beliau menafikan tasawuf Islam ini adalah hasil pengaruh daripada ajaran lain, beliau jelas menyatakan bahawa tasawuf Islam adalah berdiri dengan diri sendiri iaitu asasnya ialah al-Quran dan Hadis.


Begitulah, seorang Orientalis memuji dan mengakui, namun terdapat dikalangan umat Islam jua mengutuk keras tasawuf. Tidak perlu untuk kita menjawab di sini.