Tuesday, May 25, 2010

Budi Bahasa

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)


Minggu ini saya kira nak menulis mengenai pengalaman peribadi berkaitan dengan budi bahasa. Budi bahasa amat penting kepada setiap inidividu. Budi bahasa merupakan satu gambaran umum terhadap peribadi diri seseorang. Jika seseorang itu tiada budi bahasa maka peribadi diri seseorang akan menampakkan kejelekkan terhadap akhlak diri.

Saya berpandangan bahawa seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi menunjukkan ketinggian akhlak, tidak kira siapakah beliau, tidak kira tinggi manakah pangkat atau serendah mana pangkat yang ditanggunjawabkan. Namun pada hari ini usah kita mengharapkan orang kaya, berpangkat, mahupun ada bergulung-gulung ijazah tidak akan menjamin ketinggian budi bahasa. Tidak juga terkecuali golongan agamawan.

Hari berapa ramai golongan agamawan berceramah, bertazkirah dan mengajar perkara yang baik-baik, namun tingkah laku diri, budi bahasa tidak mencerminkan apa yang diajarkannnya. Golongan ini adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berceramah menggunakan bahasa yang tidak menggambarkan diri itu seorang agamawan bahkan lebih teruk daripada golongan yang tidak mengkhususkan diri dalam bidang agama. Ini lah budi bahasa, tidak kira siapa, silap bersua buruk padahnya.

Kadangkala golongan ini terhijab dengan pangkat, dan panggilan atau gelaran. Merasakan diri itu terlalu bagus berbanding dengan individu lain yang jawatan lebih rendah daripada mereka. Bercakap sesuka hati, tidak memikirkan perasaan dan maruah diri orang lain. Kita perlu ingat dan muhasabah diri, satu soalan jika boleh dijawab, siapakah akan menguruskan jenazah kita bila meninggal dunia satu hari nanti? Jika kita boleh menjawab soalan ini, silalah lakukan kesombongan. Ingat pangkat tiada hendak dibanggakan kecuali di dunia yang sementara ini.

Semua golongan adalah sama, daripada A hingga E, semuanya akan disoal di akhirat kelak, jangan sombong, ingat hidup ini adalah seperti roda, hari ini kita di atas besok lusa mana tahu jika masih di bawah, alhamdulillah jika roda itu bengkok parah akibatnya.

Sunday, May 9, 2010

Muhasabah: Ibu Bapa

Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Di antara dosa-dosa besar, yaitu memaki kedua orang tua. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang dapat memaki kedua orang tuanya? Rasulullah saw. menjawab: Dia memaki bapak orang lain, lalu orang lain itu memaki bapaknya. Dia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya.

Wednesday, May 5, 2010

Rasa Macam Nak Berhenti FB

Setelah membaca pro dan kontra FB ni, rasa nak tutup akuan saja. Nanti dulu bagi masa seminggu lagi. Kerja pun tak jalan ni.

Nabi di Langit dan di Bumi

Satu kisah pengetahuan yang jarang diketahui, mungkin ramai yang mengetahui kisah ini namun tidak mengapa, sumber informasi perlu ditulis untuk mengingati sesama manusia.

Terdapat dalam kitab karangan seorang ulama yang berasal dari Kelantan, beliau juga merupakan salah seorang penulis prolifik pada masa itu iaitu al-Alim al-Allamah al-Shaikh Wan Ali bin Abd al-Rahman bin Abd al-Ghafur al-Kelantani atau lebih dikenali sebagai al-Sheikh Wan Ali Kutan.

Tersebut dalam sebuah kitabnya yang bertaju Zahratul Murid fi Aqaidut at-Tawhid, terdapat empat orang Nabi yang masih hidup iaitu dua di bumi dan dua langit. Nabi yang masih hidup di bumi ialah Nabi Khidir dan Nabi Illiyas manakala Nabi yang masih hidup tetapi berada di langit ialah Nabi Isa dan Nabi Idris.

Semoga mendapt manfaat.

Monday, May 3, 2010

Muhasabah Diri : Ibu Bapa

Sebagai satu peringatan untuk diri sendiri sebagai anak lelaki. Walaupun anak lelaki ini mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan anak perempuan. Kelebihan itu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu disedari bukan sebagai satu cara untuk dibangga-banggakan.

Perkara yang sekian lama bersarang dalam pemikiran perlu juga diungkapkan untuk memastikan perkara ini menjadi satu muhasabah kepada diri sendiri. Barangkali semua anak-anak mmuda menyedari akan satu hadis Nabi s.a.w. yang seringkali diungkapkan oleh setiap ibu dalam proses mengajar, mendidik dan memberi contoh kepada anak-anak adalah "syurga di bawah tapak kaki ibu".

Saya berpandangan bahawa hadis ini menuju tepat ke arah anak-anak lelaki kerana anak lelaki adalah bertanggunjawab walaupun telah berkahwin, jika hendak dibandingkan dengan anak perempuan lebih ketaatannya adalah kepada suami. Contohnya dalam hadis Nabi s.a.w. pernah menyebut "jika diizinkan manusia boleh sujud sesama manusia akan aku perintahkan isteri sujud kepada suami".

Bukan senang hendak menjadi penjaga amanah dan tanggunjawab yang bakal terpikul ke atas bahu seorang lelaki, bagaimana mungkin seorang wanita yang ingin menyamakan haknya dengan seorang lelaki, dalam hal jelas tiada persamaan.

Anak lelaki perlu mengutamakan kepentingan ibu bapanya lebih daripada kepentingan isteri. Bagaimana satu kisah pernah berlaku dalam zaman Baginda Rasulullah s.a.w. seorang sahabat Nabi s.a.w. sukar hendak melafazkan shahadah ketika hendak mati, bila datangnya Nabi s.a.w. maka disuruhnya para sahabat pergi mencari ibunya dan selepas memaafkan ibunya baru sahahat tadi dapat melafazkan dan mati dengan mudah. Ini adalah keutamaan ibu. Jangan sesekali kita memandang enteng perkara sebegini. Ibu adalah segala-galanya.

Jika Juraij difitnah gara-gara beliau tidak menyahut panggilan ibu ketika solat sunat, bagaiman ketika kita dalam keadaan ber"facebook", ber "sms", membaca buku dan sebagainya. Bagaimana pada zaman Nabi Musa a.s. berjumpa dengan seorang pemuda yang menjaga dan membelai dua ekor babi. Dua ekor babi itulah ibu bapa mereka. Allah dengan rahmat-Nya memasukkan pemuda itu ke syurga. Itu adalah hakikat sebenar seorang anak tanpa rasa prejudis terhadap ibu bapa.

Inilah yang menjadi ketakutan, bolehkah kita menjaga mereka setelah mereka tua, benarlah kata orang (orang mana tak tahu) ibu seorang boleh menjaga anak 15 orang, namun anak 15 belum tentu dapat menjaga ibu bapa seperti menjaga mereka semasa kecil.