Tuesday, May 25, 2010

Budi Bahasa

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)


Minggu ini saya kira nak menulis mengenai pengalaman peribadi berkaitan dengan budi bahasa. Budi bahasa amat penting kepada setiap inidividu. Budi bahasa merupakan satu gambaran umum terhadap peribadi diri seseorang. Jika seseorang itu tiada budi bahasa maka peribadi diri seseorang akan menampakkan kejelekkan terhadap akhlak diri.

Saya berpandangan bahawa seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi menunjukkan ketinggian akhlak, tidak kira siapakah beliau, tidak kira tinggi manakah pangkat atau serendah mana pangkat yang ditanggunjawabkan. Namun pada hari ini usah kita mengharapkan orang kaya, berpangkat, mahupun ada bergulung-gulung ijazah tidak akan menjamin ketinggian budi bahasa. Tidak juga terkecuali golongan agamawan.

Hari berapa ramai golongan agamawan berceramah, bertazkirah dan mengajar perkara yang baik-baik, namun tingkah laku diri, budi bahasa tidak mencerminkan apa yang diajarkannnya. Golongan ini adalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berceramah menggunakan bahasa yang tidak menggambarkan diri itu seorang agamawan bahkan lebih teruk daripada golongan yang tidak mengkhususkan diri dalam bidang agama. Ini lah budi bahasa, tidak kira siapa, silap bersua buruk padahnya.

Kadangkala golongan ini terhijab dengan pangkat, dan panggilan atau gelaran. Merasakan diri itu terlalu bagus berbanding dengan individu lain yang jawatan lebih rendah daripada mereka. Bercakap sesuka hati, tidak memikirkan perasaan dan maruah diri orang lain. Kita perlu ingat dan muhasabah diri, satu soalan jika boleh dijawab, siapakah akan menguruskan jenazah kita bila meninggal dunia satu hari nanti? Jika kita boleh menjawab soalan ini, silalah lakukan kesombongan. Ingat pangkat tiada hendak dibanggakan kecuali di dunia yang sementara ini.

Semua golongan adalah sama, daripada A hingga E, semuanya akan disoal di akhirat kelak, jangan sombong, ingat hidup ini adalah seperti roda, hari ini kita di atas besok lusa mana tahu jika masih di bawah, alhamdulillah jika roda itu bengkok parah akibatnya.

3 comments:

Mighty MS said...

Rasulullah adalah suri teladan yang baik. Mengapa masih ada yang tidak mengambil contoh dari baginda..Mungkin kurang membaca mengenai peribadi nabi yang sangat mulia...

muqay said...

MMS,

Ya, memang benar contoh teladan yang terbaik adalah Rasulullah, tetapi mereka tidak menjadikan itu sebagai contoh dan mereka memepralat hawa nafsu semata-mata.

Banyak membaca namun tiada guru untuk menerang dan mendidik sukar untuk diamalkan. Banyak baca juga tetapi tidak beramal. Itu yang banyak pada hari ini.

can ili be akmal? said...

setan sangat jahat.lagi kita mau dekat dengan Allah.lagi susah ujian dan dugaan.semoga Allah selamatkan kita dunia dan akhirat