Sebagai satu peringatan untuk diri sendiri sebagai anak lelaki. Walaupun anak lelaki ini mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan anak perempuan. Kelebihan itu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu disedari bukan sebagai satu cara untuk dibangga-banggakan.
Perkara yang sekian lama bersarang dalam pemikiran perlu juga diungkapkan untuk memastikan perkara ini menjadi satu muhasabah kepada diri sendiri. Barangkali semua anak-anak mmuda menyedari akan satu hadis Nabi s.a.w. yang seringkali diungkapkan oleh setiap ibu dalam proses mengajar, mendidik dan memberi contoh kepada anak-anak adalah "syurga di bawah tapak kaki ibu".
Saya berpandangan bahawa hadis ini menuju tepat ke arah anak-anak lelaki kerana anak lelaki adalah bertanggunjawab walaupun telah berkahwin, jika hendak dibandingkan dengan anak perempuan lebih ketaatannya adalah kepada suami. Contohnya dalam hadis Nabi s.a.w. pernah menyebut "jika diizinkan manusia boleh sujud sesama manusia akan aku perintahkan isteri sujud kepada suami".
Bukan senang hendak menjadi penjaga amanah dan tanggunjawab yang bakal terpikul ke atas bahu seorang lelaki, bagaimana mungkin seorang wanita yang ingin menyamakan haknya dengan seorang lelaki, dalam hal jelas tiada persamaan.
Anak lelaki perlu mengutamakan kepentingan ibu bapanya lebih daripada kepentingan isteri. Bagaimana satu kisah pernah berlaku dalam zaman Baginda Rasulullah s.a.w. seorang sahabat Nabi s.a.w. sukar hendak melafazkan shahadah ketika hendak mati, bila datangnya Nabi s.a.w. maka disuruhnya para sahabat pergi mencari ibunya dan selepas memaafkan ibunya baru sahahat tadi dapat melafazkan dan mati dengan mudah. Ini adalah keutamaan ibu. Jangan sesekali kita memandang enteng perkara sebegini. Ibu adalah segala-galanya.
Jika Juraij difitnah gara-gara beliau tidak menyahut panggilan ibu ketika solat sunat, bagaiman ketika kita dalam keadaan ber"facebook", ber "sms", membaca buku dan sebagainya. Bagaimana pada zaman Nabi Musa a.s. berjumpa dengan seorang pemuda yang menjaga dan membelai dua ekor babi. Dua ekor babi itulah ibu bapa mereka. Allah dengan rahmat-Nya memasukkan pemuda itu ke syurga. Itu adalah hakikat sebenar seorang anak tanpa rasa prejudis terhadap ibu bapa.
Inilah yang menjadi ketakutan, bolehkah kita menjaga mereka setelah mereka tua, benarlah kata orang (orang mana tak tahu) ibu seorang boleh menjaga anak 15 orang, namun anak 15 belum tentu dapat menjaga ibu bapa seperti menjaga mereka semasa kecil.
No comments:
Post a Comment