“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Monday, June 11, 2007
Sudah Selesai
Pada hari ini banyak perkara telah diselesaikan memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi akan berpindah ke Kelantan. Awal pagi telefon Imam Kelantan dan telah mencapai persetujuan akan berpindah pada hari Isnin dimulakan dengan penghantaran barang-barang berat.
Malam ini juga bersama kawan-kawan belajar memasak, menunya tomyam yang dimasak oleh Adi, dengan nama masakan tomyam ala jawa.
Amanah yang diberikan jangan ditangguhkan selesai dahulu hati tenang. Lebih-lebih lagi amanah daripada Allah s.w.t. Jalankan dengan sebaik mungkin.
Sunday, June 10, 2007
Apa Nak Di Kata
Bila Hati terasa akal merana,
Itulah kata-kata berdasarkan perbuatan yang melukakan hati seseorang..
Pss..diner unimap. Silat Cekak Malaysia
Siapa lah aku untuk mengerti semua ini.
Viva
Konvokesyen atau Wisuda dalam bahasa Indonesianya merupakan satu pesta yang meraikan para pelajar yang berjaya. Wisuda akan diadakan pada 30 Jun ini, tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan khususnya isu perpindahan ke Kelantan. Namun begitu semangat untuk menghabiskan pengajian sudah tersemat di dalam jiwa bahawa menuntuk ilmu bukan hanya untuk sekadar sijil tetapi lebih daripada itu iaitu terjalinnya sebuah persahabat di antara para pelajar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah di Darul Hikmah dan Bapak-bapak di Jambi kerana mengajar kami semua. Saya ucapkan kepada semua para pelajar Usuluddin Jambi iaitu Ustaz Sis, Ustaz, Imam Anuar, Ummi Zarina, Datin Azimah, Kak Saloma, Kak Makhzom, Kak Yati, Kak Rodziah, dan tidak lupa juga kepada Ir Rahman dan Ustaz Syukri. Perkenalan kita tidak hanya wujud di dalam kelas tetapi akan berterusan sehingga akhir hayat.
Tahniah kepada Para Siswazah!
Thursday, June 7, 2007
Pegawai baru bertugas
Bulan ini dan bulan lepas sudah banyak perkara berlaku dengan berita perpindahan imam Puncak Perdana. Insyaallah laksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Allahyarham Ridwan
Wan merupakan rakan atau senior di sekolah rendah. Beliau meninggal akibat daripada penyakit demam panas. Semoga Allah mengampun segala dosa hamba-hambanya. amin..
Wednesday, June 6, 2007
Sahabat sekampung
Allahyarham usianya berbeza dengan diriku ialah 3 tahun. Kami sekampung selalu panggilnya Wan Che' Din, bapanya juga meniggal pada tahun lepas. Semua kenangan muncul dengan tiba-tiba. Maafkan aku jika ada membuat kesilapan dengan mu, aku maafkan juga jika ada kesalahan terkasar bahasa ketika bergurau dengan mu.
Allahyarham merupakan seorang yang pendiam tetapi senang bergurau dengannya.
Doa semasa patah tulang
Kemalangan ini terjadi bersama sahabat baik iaitu Mohd Hafes atau lebih dikenali sebagai Mat Pek. Bagaiamana beliau mendapat nick name itu saya pun kurang pasti. Kemalangan itu terjadi pada jam 11 pagi ketika saya membonceng motosikal untuk menghantar Matpek balik umahnya setelah malam itu tidur di rumah. Banyak kenangan di hospital tersebut ini di antara kenangan yang ada.
Kemalangan terjadi apabila sebuah kereta berhenti di bahu jalan di hadapan Sek.Men.Keb. Syed Alwi, ketika itu saya tidak sempat melihat kereta tersebut kerana terpandang sesuatu di pondok bas (student sekolah). Akibat daripada kejadian itu saya telah dihantar ke hospital Besar Kangar tepat jam 12. Saya ingatkan diri cedera teruk tetapi masih tidak mendapat rawatan daripda nurse hampir dua jam saya terlantar di katil dan tidak mendapat rawatan seperti ubat tahan sakit kerana paha saya sudah patah, apabila tulang patah secara keseluruhan sebelah kaki kiri bengkak, besarnya lebih kurang kaki lembu.
Saya menahan sakit, lalu ada seorang doktor, memang saya mengenali beliau kerana pernah menjemput menhadiri ceramah di sekolah saya. Saya mengadu kepadanya bahawa kaki sakit sangat. Beliau bertanya ada tak nurse bagi ubat tahan sakit, kata saya tidak. Tak mengapalah kata saya kepada doktor.
Apa yang hendak saya konsikan di sini adalah tips-tips atau amalan ketika patah tulang, Doktor Jamnur yang telah merawat saya ketika itu telah memberi amalan tersebut kepada saya iaitu:
- Surah an-Nurr ayat 35.
- Surah Yassin ayat 77 dan 78.
Cara untuk beramal ialah hendaklah dibaca selepas solat lebih kurang 5 atau 7 kali. Mudahkan, kerana masa sakit mempunyai masa yang cukup banyak. Amalan ini bertujuan adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan tulang baru yang akan tumbuh sebagai penyambung semula tulang yang patah.
Alhamdulillah, dua pembedahan berjaya dilakukan iaitu yang pertama untuk menebuk lubang di tulang kering dan yang kedua untuk memasukkan besi di dalam tulang paha. Besi itu masih ada sehingga hari ini. Berkat doa yang diamalkan saya boleh berjalan tanpa tongkat satu bulang lima belas hari dan masuk bulan yang ketiga saya sudah bermain bola di Darul Quran.
Tulisan ini adalah untuk rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama.
Tuesday, June 5, 2007
Ketenangan Hati Muncul Kembali
Ketika zaman sekolah rendah selalu merayau-rayau dengan kawan dengan gerek, namun pada hari ini basikal tersebut telah jadi besi buruk. Sedih kerana tidak sempat dibaiki untuk menjadi kenangan. Berbasikal ke kawasan perkuburan di raja Kedah iaitu al-Marhum Kayang bermain aci sembunyi bersama Azizul, Li (dua sepupu), Acik, Sabri, dan Pakya itulah kawan satu sekolah. Pada hari ini mereka bekerja sudah jarang berjumpa. Pakya bekerja sebagai seorang Polis, Acik juga seorang Polis, Sabri masih still di kampung, Li juga kerja di kampung dan sama juga dengan Azizul. Perbezaan mereka dengan saya adalah mereka sudah berkahwin dan sibuk dengan keluarga sendiri.
Hanya tinggal dua yang masih belum berkahwin aku dan Azizul. Meriah betul kenduri. Teringat diri sendiri bilakah hendak menamatkan zaman bujang. Apa yang terjadi dengan persahabatan ini merupakan satu kumpulan yang sentiasa dihukum oleh guru di sekolah. Ada saja yang tidak kena dengan kami. Entah rasa dalam diri guru berat sebelah dengan bacth kami. Namun begitulah adat dunia seperti roda yang berpusing.
Guru-guru sentiasa diingati tanpa guru siapalah kami, walaupun kenakalan kami menyabakan guru Liza menangis pada hari pertama beliau mengajar subjek Matematik, namun kami tetap menyayangi beliau. Maafkan kami guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar.
Ku titipkan tulisan ini kepada guru-guru di SKTTB semoga redhalah ilmu yang diberi kepada kami. Kepada Cikgu Fauziah (BI), Cikgu Azizan (BI & Mate), Cikgu Buni (Mak), Cikgu Liza (Mate), dan guru-guru yang tidak disebut di sini tetap kami ingat jasa kamu semua.
Friday, June 1, 2007
Qiyamullail satu kenangan
Qiyamullail adalah satu ibadah yang memerlukan pelbagai kekuatan untuk dilaksanakannya, apa yang saya hendak katakan bukan untuk memeperjelaskan apakah yang dikatakan Qiyamullail, tetapi lebih daripada perasaan diri sendiri.
Malam tadi ada seorang urusetia Perkampungan Ilmu yang berkampung di Kolej Puncak Perdana selama satu minggu ia melibatkan peserta daripada Sekolah Seksyen 18 Shah Alam. Pagi tadi seorang urusetianya Saudara Syahrin telah meminta membantu dalam program ini untuk menjadi Imam pada program Qiyamullail. Saya tanpa berfikir panjang terus menerima walaupun jemputan datang dari mulut sahaja. Alhamdulillah Qiyamullail bermula jam 5 pagi dan disudahi selepas Subuh dengan bacaan mathurat.
Program ini Qiyamullail banyak meninggalkan kesan kepada cara hidup saya sebelum ini iaitu pada zaman sekolah menengah, boleh dikatakan setiap minggu ada saja program yang diaturkan untuk para pelajar sekolah, orang dewasa, ibu bapa pelajar, kakitangan kerajaan dan para exco negeri. Namun itu sudah jadi kenangan.Semasa mengimamkan solat pada malam tadi, semasa berzikir teringat zaman sekolah dulu tidak sama dengan saya hari ini.
Niat di hati untuk mengembalikan kembali semangat dahulu tetapi sudah dikejar bebrapa tahun masih tidak sampai.Qiyamullail ini sering dibawa oleh Ustaz Mohd Noor, selalu menghubungi saya untuk menjadi imam, ustaz inilah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan program. Semoga Allah memberi Rahmat kepadanya.
Setelah sekian lama, kenangan lama muncul kembali, rakan-rakan sekolah, kelas lima Muslim seperti Mat Pet, Ali, Li Kuid, Paktam, dan ramai lagi banyak membantu dalam menjayakan program di sekolah. Semoga persahabatan kita terus diberi kekuatan untuk terus berhubung. Warga SMAI 2001.