Pada hari ini adalah hari untuk menetukan sama ada layak atau tidak bergelar seorang siswazah IAIN Sulthan Thaha Syarifuddin Jambi untuk tahun ini, Alhamdulillah sudah selesai pagi tadi dan Bapak Dekan Husien Ham telah memberikan gelar tersebut.
Konvokesyen atau Wisuda dalam bahasa Indonesianya merupakan satu pesta yang meraikan para pelajar yang berjaya. Wisuda akan diadakan pada 30 Jun ini, tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan khususnya isu perpindahan ke Kelantan. Namun begitu semangat untuk menghabiskan pengajian sudah tersemat di dalam jiwa bahawa menuntuk ilmu bukan hanya untuk sekadar sijil tetapi lebih daripada itu iaitu terjalinnya sebuah persahabat di antara para pelajar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah di Darul Hikmah dan Bapak-bapak di Jambi kerana mengajar kami semua. Saya ucapkan kepada semua para pelajar Usuluddin Jambi iaitu Ustaz Sis, Ustaz, Imam Anuar, Ummi Zarina, Datin Azimah, Kak Saloma, Kak Makhzom, Kak Yati, Kak Rodziah, dan tidak lupa juga kepada Ir Rahman dan Ustaz Syukri. Perkenalan kita tidak hanya wujud di dalam kelas tetapi akan berterusan sehingga akhir hayat.
Tahniah kepada Para Siswazah!
No comments:
Post a Comment