Ketenangan yang kuimpikan selama ini muncul kembali, ketenangan itu datang dan pergi seperti angin. Setelah pulang ke kampung pada hari jumaat 1 Jun lalu, mengimbau kembali kenangan masa kecil, remaja dan hingga akhir-akhir dewasa.
Ketika zaman sekolah rendah selalu merayau-rayau dengan kawan dengan gerek, namun pada hari ini basikal tersebut telah jadi besi buruk. Sedih kerana tidak sempat dibaiki untuk menjadi kenangan. Berbasikal ke kawasan perkuburan di raja Kedah iaitu al-Marhum Kayang bermain aci sembunyi bersama Azizul, Li (dua sepupu), Acik, Sabri, dan Pakya itulah kawan satu sekolah. Pada hari ini mereka bekerja sudah jarang berjumpa. Pakya bekerja sebagai seorang Polis, Acik juga seorang Polis, Sabri masih still di kampung, Li juga kerja di kampung dan sama juga dengan Azizul. Perbezaan mereka dengan saya adalah mereka sudah berkahwin dan sibuk dengan keluarga sendiri.
Hanya tinggal dua yang masih belum berkahwin aku dan Azizul. Meriah betul kenduri. Teringat diri sendiri bilakah hendak menamatkan zaman bujang. Apa yang terjadi dengan persahabatan ini merupakan satu kumpulan yang sentiasa dihukum oleh guru di sekolah. Ada saja yang tidak kena dengan kami. Entah rasa dalam diri guru berat sebelah dengan bacth kami. Namun begitulah adat dunia seperti roda yang berpusing.
Guru-guru sentiasa diingati tanpa guru siapalah kami, walaupun kenakalan kami menyabakan guru Liza menangis pada hari pertama beliau mengajar subjek Matematik, namun kami tetap menyayangi beliau. Maafkan kami guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Tok Bandar.
Ku titipkan tulisan ini kepada guru-guru di SKTTB semoga redhalah ilmu yang diberi kepada kami. Kepada Cikgu Fauziah (BI), Cikgu Azizan (BI & Mate), Cikgu Buni (Mak), Cikgu Liza (Mate), dan guru-guru yang tidak disebut di sini tetap kami ingat jasa kamu semua.
No comments:
Post a Comment