Qiyamullail satu kenangan
Qiyamullail adalah satu ibadah yang memerlukan pelbagai kekuatan untuk dilaksanakannya, apa yang saya hendak katakan bukan untuk memeperjelaskan apakah yang dikatakan Qiyamullail, tetapi lebih daripada perasaan diri sendiri.
Malam tadi ada seorang urusetia Perkampungan Ilmu yang berkampung di Kolej Puncak Perdana selama satu minggu ia melibatkan peserta daripada Sekolah Seksyen 18 Shah Alam. Pagi tadi seorang urusetianya Saudara Syahrin telah meminta membantu dalam program ini untuk menjadi Imam pada program Qiyamullail. Saya tanpa berfikir panjang terus menerima walaupun jemputan datang dari mulut sahaja. Alhamdulillah Qiyamullail bermula jam 5 pagi dan disudahi selepas Subuh dengan bacaan mathurat.
Program ini Qiyamullail banyak meninggalkan kesan kepada cara hidup saya sebelum ini iaitu pada zaman sekolah menengah, boleh dikatakan setiap minggu ada saja program yang diaturkan untuk para pelajar sekolah, orang dewasa, ibu bapa pelajar, kakitangan kerajaan dan para exco negeri. Namun itu sudah jadi kenangan.Semasa mengimamkan solat pada malam tadi, semasa berzikir teringat zaman sekolah dulu tidak sama dengan saya hari ini.
Niat di hati untuk mengembalikan kembali semangat dahulu tetapi sudah dikejar bebrapa tahun masih tidak sampai.Qiyamullail ini sering dibawa oleh Ustaz Mohd Noor, selalu menghubungi saya untuk menjadi imam, ustaz inilah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan program. Semoga Allah memberi Rahmat kepadanya.
Setelah sekian lama, kenangan lama muncul kembali, rakan-rakan sekolah, kelas lima Muslim seperti Mat Pet, Ali, Li Kuid, Paktam, dan ramai lagi banyak membantu dalam menjayakan program di sekolah. Semoga persahabatan kita terus diberi kekuatan untuk terus berhubung. Warga SMAI 2001.
No comments:
Post a Comment