Wednesday, August 1, 2007

Banyak Menulis Bertambah Ilmu

Pagi tadi selepas subuh seperti biasa telah menyampaikan kuliah subuh. Sebagaigaimana hari-hari biasa saya membacakan satu hadis dan menerangkannya. Begitulah saya hari-hari rutinnya memberi kuliah subuh.
Apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah bukannya mengenai corak penyampaian ataupun kedaan yang terlintas di sudut kepala pemikiran akan tetapi ingin berkongsi ilmu dan buah fikiran mengenai hadis tersebut.
Hadis tersebut diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a hadis ii bertujuan menyatakan bahawa beliau adalah di antara para sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling banyak menghafal hadis daripada Nabi Muhammad. Akan tetapi menurut hadis itu menerangkan yang paling banyak mempunyai ilmu ialah yang paling banyak menulis.
Sudah jelas bahawa kitasebagai pelajar mahupun sesiapa perlu meneruskan atau memulakan penulisan tidak kira memulakan penulisan di kertas atau di blog. Oleh itu berhatila-hati dengan setiap penulisan yang kita tulus dan perlu bertanggungjawablah terhadap penulisan kita.