Sunday, September 13, 2009

Batal Puasa Ker?

Sudah hampir sebulan berpuasa. Baju raya ditempah belum siap lagi. Tukang gunting kata besok siap. Sempat lagi nak balik raya rabu ni.

Dalam kesibukan menghadiri jemputan ceramah dan tazkirah ramadhan ni. Ada pelbagai soalan yang berulang dan soalan terbaru yang perlu difikirkan. Pagi tadi ada satu soalan daripada seorang pendengar.

“Ustaz batalkah puasa sepasang suami isteri jika bercium di siang hari?” Kenapa soalan ini ditanya pada saat pengujung Ramadhan begini? Setelah selesai semua soalan dijawab ada soalan mengenai penerangan aku mengenai solat Jumaat.

Sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat adakah solat Jumaat boleh ditinggalkan pada hari itu? Soalan ini pernah dihadapi semasa di negeri tercinta. Selesai penerangan, terdapat seorang pendengar yang rasanya kurang berpuas hati. Tidak mengapa boleh dibincangkan lagi.
Macama soalan timbul, menitis ubat eye more adakah batal puasa? Seorang pengidap asma yang bergantung hayat dengan alat bantuan (tak tau nak sebut).? Bagaiamanakah individu ini boleh berpuasa.

Tiap-tiap tahun isu ini wujud dalam sesi kuliah mahupun tazkirah.

2 comments:

srikandi said...

saya tahu jawapan kepada bercium di siang hari..

apabila seorang sahabat bertanya kepada rasulullah dan rasulullah menjawab,..hehe..x igt..tp jawapan baginda lebih kurang gini..baginda guna qiyas kan ustaz?
qiyas kan dengan berkumur..

saya belajar tu..huuhu..usul fiqh

Anonymous said...

Jadi fatin apa hukumnya? batal atau tidak?

miqdad