Wednesday, September 16, 2009

Jadual Perjalanan Hari Raya

Anakda 'Aish demam semalam berkemungkinan kerana 2 hari lepas terkejut dan menangis mendengar mercun meletup sebelah rumah. Walidnya geram dan hampir-hampir belasah seorang pelajar. Nyaris.

Bila anakda 'Aish demam jadual perjalanan pulang ke kampung mungkin dirombak semula tetapi jadual dan perancangan asal akan diikuti sekiranya buah hati Walid sihat. Insyaallah.

16.9.2009 (Rabu)

Hari ini bertolak pulang ke Pulau Pinang selepas Zohor disebabkan besok berjanji hendak berjumpa murabbi di USM. Harapannya tidak ada masalah dengan bab yang kedua ini.

17.9.2009 (Khamis)

Bertolak ke Perlis. Pada tahun ini giliran raya di kampung halaman sendiri. Setelah berjaya mengayat adinda dengan memberi pelbagai alasan dan konotasi. Maka berjaya juga tahun ini raya di Perlis.

21.9.2009 (Isnin)

Hari raya kedua bertolak ke Tanjung Karang, Selangor. Kali pertama pulang berhari raya di sana. Mungkin ada kelainan. Seumur hidup ini merupakan kali pertama raya ditempat lain manakala Fizah sudah dua kali berhari raya di Perlis termasuk yang terbaru ini. Berada di Tanjung Karang selama tiga hari.

23.9.2009 (Rabu)

Bertolak pula ke Pontian, Johor. Bila pergi Pontian dijangka mudah untuk membeli belah barangan kereta yang murah dan dekat pula dengan pelabuhan kukup. Rasanya hendak pergi ke pulau Karimun Indonesia, tempat beli belaj barang yang murah. Jaraknya tidak jauh rasanya lebih kurang Kuala Perlis ke Langkawai. Ini juga kali pertama berhari raya di Johor. Tahun lepas datang semasa cuti sekolah.

26.9.2009 (Sabtu)

Ambo kelik Kelate hari ini. Setelah puas berhari raya. Rasanya jalan akan sesak pada hari ini.

Tahun ini warna dipilih ialah warna hijau pucuk pisang. Sebab 'Aish suka makan pisang bersama Walidnya. Hari raya tahun ini, jauh jaraknya dan rasanya memberi kepuasan dalam erti kata rapat kasih silaturrahim antara saudara mara yang jarang sekali bersua.

5 comments:

Nida n' Hanafi said...

Semoga selamat pergi dan pulang...

Jangan kasi Aish makan kuih raya banyak2 sangat..sebab pengalaman anak kedua Mak Su, mungkin alah pd ingredient dalam kuih tu menyebabkan anak MAk Su keracunan makanan, tiga hari kena tahan di wad, masa tu umurnya baru mencecah 2 tahun.

Kirim salam pada Fizah... Selamat menyambut lebaran, makan ketupat tu ingat2lah kami di perantauan :-)

Khalifah Allah said...

Al-Ustz wa Kak Fizah & 'Aish

Minal aidil wal Faiiziin..

dari saya..

muqayankabut said...

Maksu,

Terima kasih maksu dgn nasihat yg amat berguna kpd kami sbgai pasanga muda yg baru kenali erti kehidupan.

muqayankabut said...

Mun,

Selamat hari raya maaf zahir dan batin...

dari miq,fizah dan 'Aish.

srikandi said...

ustaz,
mesti raya kali ni lagi best sbb aish dah besar..

hehe..

slm kat kak fizah ea ustaz!