Friday, September 11, 2009

Mak Mah Pasar Siti Khadijah

Pada minggu lepas, hari Jumaat niat di hati untuk untuk berbuka puasa bersama Mak Mah di rumahnya. Mak Mah adalah kawan kepada Mak Safiah. Jadi saya bersama keluarga bertolak ke rumahnya selepas Asar.

Aku ingat rumahnya dekat dengan rumah Kak Long sebabnya isteri kata tak jauh dari rumahnya. Jadi aku pun sampai di Pangkalan Chepa. Rupanya silap dan tersesat. Patah balik untuk cari rumahnya di Tanjung Chat. Pertama kali dengar nama kawasan ni. Ingat Tanjung Tuan saja yang ada.

Alhamdulillah hasil bantuan suaminya yang mencari aku membawa kembali ke pangkal jalan. Berbuka dengan kuih akok. Rrupa-rupanya kuih ni memang diminati oleh kebanyakan rakyat Kelantan. Aku kurang minat kuih ini sebab bau telurnya agak kuat. Tetapi di Kelantan memang kaya dengan kuih muih.

Sedap makan daging masak kicap yag dicampur rempah. Pertama kali juga makan masak kicap campur rempah ni. Sedap Mak Mah masak.

Besok pergi ke kadainya untuk cari kain pasang dan tudung untuk adik-adik dan saudara mara. HArap besok KB tak ramai sangat orangnya.

9 comments:

NURUL IZZA said...

miq..ish rindunya nak posa + beli brg + raya kt kelantan..bilalah boleh balik nih>????esok sure rmi org..sure..ssh nkparking dan jalan satu hala.hehe.saje nk takotkan..well tg chat tu mmg dekat dgn umah kami cuma dr kb ikut tg chat dulu b4 smpi umah kmi..adehh mcm ne ni duk kelate..kena hafal ni..abgfiz lg hafal jalan berbanding kaklong.serius..sbb bl naik kete kaklong mst lelap.. kah kah kah..nk wat cane kan..dh terbiasa gitu..if nk g mana2 area kelantan abgfiz dh tau jalan mana nak ikut..

-> hehe..sbb xjln sgt..jd mcm tula ;p

muqayankabut said...

Kak Long aka Kak Iza Mom for Nurul Iman,

Tahun lepas fizah tak pose 18 hari jenuh juga nak berganti, hehe satu cabaran tu xpun minta tolong abg fiz gantikan.

Hafal jalan, dua bulan yg lalu KB telah bertukar jalan semuanya jadi 1 jalan. Menyusahkan. Parking xyah cakapla.

Hafal jalan machang jer, tanah merah, tapi KB haha, bukan tempan ambo la. hehe.

aco pilot mesti terlelap walaupun sedang memangku anakda...semua aco macam tu.

borong petang ni. minggu lepas borong sampin.

NURUL IZZA said...

oh nnt gantila ms winter nnt..winter subuh kol 7 maghrib kol 4.so cepatla kan..xyah susah2 nk ganti time lain..sbb winter 3-4 bulan.so ganti lee seminggu sebulan..bijak kan???

duk sini tak dibenarkan memangku anak ktika dlm kereta.wajib ltk bayi sehingga kanak2 umur 7 thn dlm carseat.jd mmg xpangku dan dgn senang lenang blh tidoooo

Nida n' Hanafi said...

Lamanya tak shopping tudung ni.... rindu lak... kalau kat Kelantan tu, bab2 tudung nisentiasa ada fesyen terbaru...sediakan pitih je ler....

srikandi said...

hehe..tu lah..saya dah balik kelantan mgu lepas,merasa jalan baru..agak pening dan menyusahkan..tp lawa kb skang,bersih je..ustaz g borong cakap utara,mesti harga tip top ah..kena blajar ckp klate dulu..hehe

muqayankabut said...

Kak Izza,

Bukan masalah winter atau musim apa pun tetapi masalah sekiranya masih menyusu anak. Susu akan berkurangan sebab tu fizah ganti bila Aish dah masuk 7 bulan. Aish dah boleh makan macam2 jadi senang bila susu xckup boleh saja bagi makan lain. Tetapi fizah keje kak iza xkeje ok jer.

muqayankabut said...

Maksu Nida,

Hari ini borong tudung dengan baju kurung. Hanya untuk wanita sahaja...

Miq ingat tadi ada fesyen terbaru tenung tangan tapi miq tak tahu apa namanya...

Fizah pilih miq sedia pitih..hehe

muqayankabut said...

Fateen,

Ustaz ada dah jadi sedara kat pasar siti khadijah..

Dapat harga bes,,,xperlu ckp kelate kerana dapat harga murah dr ore kelate dik...

NURUL IZZA said...

oh insyaAllah ok..sbb pump susu dan freeze kan susu.if ltk dlm freeze mmg thn smpi 6 buln.insyaAllah xde mslh..