Mohd Afiat Dhiyaulhaq Ahmad merupakan anak kedua daripada pasangan Ahmad dan Buni. Beliau seorang yang agak teliti dari pelbagai segi antaranya pakaian, makanan, ibadat dan lain-lain lagi. Kebanyakan pakaiannya bewarna merah, putih dan berseluar jeans atau Dockers.
Hari ini adalah hari lahir beliau yang ke-24 hanya mempunyai perbezaan 1 tahun dengan abangnya yang juga mempunya minat yang sama iaitu suka bola sepak. Kami bersekolah rendah yang sama dan mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Beliau bermain di bahagian serangan dan abangnya menjaga di kawasan tengah sebelah kiri atau sayap.
Masih kuingati, pda tahun 1995, kami bersama rakan-rakan sinior membawa perubahan untuk Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar dengan mendapat tempat ketiga. Pada tahun berikutnya 1996, kami sekali lagi lagi berjaya meningkat lagi ke tempat kedua dan pada tahun 1997 beliau bersama-sama rakan-rakannya dapt membawa kejayaan untuk sekolah dengan mengungguli kejuaraan pada tahun itu.
Kami berdua ada keserasian tapi bezanya saya kesekolah agama dan beliau ke sekolah program sukan. Semasa kami bersekolah rendah, bermain bersama rakan-rakan di Taman Seriab, Kangar. Kami selalu dipisahkan untuk mengimbangi pasukan supaya sama kuat dan sama gagah. Akibat daripada itu, kami seringkali bertelagah dan bergaduh sesama sendiri. Ini kerana semangat yang ada pada diri kami yang senantiasa inginkan kemenangan.
Pasukan bola yang diminati juga sama iaitu Manchester United. Kami berdua meminati pasukan ini sejak pada tahun 1990 lagi. Masih ingat, pemain idamannya adalah Eric Cantona dan aku meminati Ryan Giggs. Kami beberapa kali mendesak abah untuk membeli jersey tapi tidak diizinkan emak dan akhirnya abah menuruti jua hasrat dan minat kami untuk memiliki jersey Red Devil tersebut dengan satu perjanjian, kami perlu belajar bersungguh.Abah bukan seorang peminat Red Devil tetapi pasukan pilihannya ialah Newcastle United dan pemainnya ialah Kevin Keegan.
Di sini masih kuingati pada tahun 1995, kami berdua disunatkan pada tahun cuti sekolah, abah menyembelih seekor lembu pada ketika itu untuk meraikan kami berdua yang akan meningkat ke usia dewasa. Pada masa itu, jarang sekali masyarakat kampung Bangsal Lebah membuat kenduri sunat dengan menyembelih lembu dan abah sanggup membeli seekor lembu. Kenduri dibuat di rumah Wan Lah. Hasil daripada sedekah masyarakat dan rakan-rakan abah kami menyimpan wang ini di Tabung Haji.
Pada hari ketiga bersunat, abah membawa kami ke stadium utama kangar untuk menonton perlawanan antara Perlis dan Kedah yang kesudahannya Perlis tewas 5-4. Semasa itu kami berdua berjalan keluar hanya dengan memakai seluar pendek kerana masih belum sembuh sepenuhnya.
Banyak perkara yang kami lakukan bersama, bezanya beliau seorang yang agak pemalu dan abangnya telalu excited dalam beberapa hal. Beliau berjaya dalam bola sepak dan saya menceburi bidang lain seperti syarahan, pidato, forum, debat, hafazan dan tilawah disamping bermain bola sepak.
Mohd Afiat Dhiyaulhaq nama diberi semperna seorang presiden Pakistan semasa itu. Selamat Maulid ya Akhi habibi.
4 comments:
Salam Miq:
Masya Allah, hati ketiga sunat dah tengok bola... nasib baik tak bentan..hehehe..
Mak Su pun punya minat yg sama, berpidato, syarahan... tapi Pak Nep sebaliknya.. minat berkebun, bertanam, amik2 gambar, bersofbol.. :-)
Wassalam Maksu,
Kami semua sepupu sepapat peminat bola dan pemain bola pelbagai peringkat, jadi semua menjadi gila-gila dgn bola.
Saya juga ada cerita, disebalik pidato dan syarahan. Fizah jgk sebegitu tidak berminat. Beliau lebih kepada berkebun.
Baguslah... sedara mara minat berkebun..hehe
salam korban...
mula hidup pasti mula cinta..
Post a Comment