Saturday, January 29, 2011

Melayu

Penulis pernah mendengar satu ceramah agama daripada al-Fadhil Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad pernah menyatakan bahawa nasib Melayu di Malaysia akan menjadi seperti nasib rakyat Palestin.

Pada awalnya penulis menganggap ini sebagai satu kenyataan tanpa sandaran, akan tetapi apabila beliau menceritakan dengan lebih lanjut mengenai sejarah rakyat Palestin pada suatu ketika dahulu mereka memiliki tanah yang banyak tetapi pada hari mereka terpaksa merintih di tanah air sendiri akibat dari beberapa faktor yang menyokong ke arah penjarahan Yahudi laknat itu.

1. Faktor kekuasaan atau pemerintahan pada ketika itu, iaitu pada awalnya Palestin berada di bawah pemerintahan Utmaniyah namun akibat daripada kegilaan kuasa oleh golongan arab mereka sanggup memberi tanah Palestin kepada British. Jadi British membawa masuk pemuka-pemuka Yahudi.

2. Faktor kedua juga dapat dilihat, tanah Baitul Maqdis dari dahulu lagi memang sentiasa berada dalam keadaan peperangan atau lebih tepat lagi peperangan di antara agama untuk merebut tanah ini. Pada hari ini Yahudi berperang dengan Islam, jika teliti terlebih dahulu sejarahnya, Yahudi ini baru sahaja muncul di abad ke 20. Sebelum itu lagi tanah ini sebagai tanah perebutan atau Tanah Beharga. Dahulu Islam berperang dengan Kristian, bagaimana kemashuran peperangan pada zaman Saidina Umar sehingga Salahuddin al-Ayubi. Pada masa itu sudah berapa kali tempat ini menjadi lokasi peperangan.

3. Pada zaman sebelum adanya Rasulullah juga, tanah ini terlibat dalam peperangan yang hebat. Jadi kawasan ini semamangnya penuh dengan aksi peperangan.

4. Atas faktor keempat, masyarakat Palestin memberi tanah atau menjual tanak mereka kepada pemuka Yahudi. Mungkin di atas ketamakan harta mereka menjual tanah pada ketika itu dengan harga yang tinggi daripada semasa dan mereka "terliur" dengan tawaran harga pada ketika itu.

Berdasarkan faktor yang keempat inilah Melayu juga ditipu. Faktor ketamakan menjadi asas kepada Melayu berkemungkinan menjadi tersisih seperti bangsa Palestin itu. Bagaimana terdapat kes di Pulau Pinang masyarakat Melayu menjual tanah mereka kepada para cukong yang amat menggemari tanah orang Melayu. Begitu juga di tempat-tempat lain. Ini adalah masalah sikap masyarakat kita yang inginkan kekayaan dengan segera. Dan tidak mustahil kata-kata dan pandangan Dato' Shamsuri itu.

Begitu juga dengan kenyataan oleh bekas PM Tun. Dr. Mahathir menyakatakan perbandingan orang Melayu di Malaysia dan Singapura. Persoalannya benarkah Melayu Singapura berasa selesa seperti yang dimomok di dada akhbar?

Mungkin mereka selesa disebabkan mereka dikenali sebagai Singaporean tetapi bukan dikenali sebagai Melayu lagi. Sehinggakan bahasa Melayu pun tidak difahami.

3 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam ustaz...

Apa-apa pun jangan sampai Melayu hilang di dunia.. lupa asal usul (sedih melihat Melayu yg dah lama bermastautin di sini... hilang sudah kemelayuannya, seksi kalahkan minah salleh)

muqayankabut said...

Wassalam Mak Su,

Melayu memang tidak akan hilang di dunia. Kita hendak melayu yang ada kesedaran mengenai ketatanegaraan, bukan sokong sesuatu membabi buta.

Melayu tidak menjadi petualang kepada bangsa sendiri.

muqayankabut said...

Maksu,

Melayu tang maksu sebutkan tu, adakah pelajar atau mereka sudah lama bermastautin di sana.?