Wednesday, June 6, 2007

Doa semasa patah tulang

Semasa saya kemalangan pada tahun 2001 iaitu selepas SPM, akibat daripada kemalangan itu menyebabkan paha kiri saya patah. Kemalangan itu terjadi pada 9 Desember 2001 iaitu pada hari Ahad.

Kemalangan ini terjadi bersama sahabat baik iaitu Mohd Hafes atau lebih dikenali sebagai Mat Pek. Bagaiamana beliau mendapat nick name itu saya pun kurang pasti. Kemalangan itu terjadi pada jam 11 pagi ketika saya membonceng motosikal untuk menghantar Matpek balik umahnya setelah malam itu tidur di rumah. Banyak kenangan di hospital tersebut ini di antara kenangan yang ada.

Kemalangan terjadi apabila sebuah kereta berhenti di bahu jalan di hadapan Sek.Men.Keb. Syed Alwi, ketika itu saya tidak sempat melihat kereta tersebut kerana terpandang sesuatu di pondok bas (student sekolah). Akibat daripada kejadian itu saya telah dihantar ke hospital Besar Kangar tepat jam 12. Saya ingatkan diri cedera teruk tetapi masih tidak mendapat rawatan daripda nurse hampir dua jam saya terlantar di katil dan tidak mendapat rawatan seperti ubat tahan sakit kerana paha saya sudah patah, apabila tulang patah secara keseluruhan sebelah kaki kiri bengkak, besarnya lebih kurang kaki lembu.

Saya menahan sakit, lalu ada seorang doktor, memang saya mengenali beliau kerana pernah menjemput menhadiri ceramah di sekolah saya. Saya mengadu kepadanya bahawa kaki sakit sangat. Beliau bertanya ada tak nurse bagi ubat tahan sakit, kata saya tidak. Tak mengapalah kata saya kepada doktor.

Apa yang hendak saya konsikan di sini adalah tips-tips atau amalan ketika patah tulang, Doktor Jamnur yang telah merawat saya ketika itu telah memberi amalan tersebut kepada saya iaitu:
  1. Surah an-Nurr ayat 35.
  2. Surah Yassin ayat 77 dan 78.

Cara untuk beramal ialah hendaklah dibaca selepas solat lebih kurang 5 atau 7 kali. Mudahkan, kerana masa sakit mempunyai masa yang cukup banyak. Amalan ini bertujuan adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan tulang baru yang akan tumbuh sebagai penyambung semula tulang yang patah.

Alhamdulillah, dua pembedahan berjaya dilakukan iaitu yang pertama untuk menebuk lubang di tulang kering dan yang kedua untuk memasukkan besi di dalam tulang paha. Besi itu masih ada sehingga hari ini. Berkat doa yang diamalkan saya boleh berjalan tanpa tongkat satu bulang lima belas hari dan masuk bulan yang ketiga saya sudah bermain bola di Darul Quran.

Tulisan ini adalah untuk rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama.

12 comments:

Anonymous said...

salam..saya mengalami patah tulang paha kanan..masalah saya hanya boleh berjalan biasa tp tidak boleh melakukan aktiviti lasak ataupun berlari biarpun dh nak masuk 5bulan..tulang pun xtumbuh abs lg..dari segi permakannan suadra mcmna?..3bulan saudar dh boleh bermain bola..cepat benar..

muqayankabut said...

Saya mengalami patah dua, kemudian masuk besi.

Permakanan macam biasa, cuma apabila terasasakit apabila makan makanan berangin. Mungkin saudara terlalu takut untuk bersenam.

Semasa saya di hospital, lebih kurang seminggu lepas operation, saya membuat terapi basikal. Sebab saya cepat untuk berjalan dan berlari.

Anonymous said...

saya da 2bln lebih patah tulang paha sebelah kanan tp xblh brjln lagi...msih brgantung patah dua belah tongkat...tp saya rasa cm kaki saya da ok...mcm mna nk bagi cpt brjln?saya tkut xdapat berjln dn lmbt berjalan

Anonymous said...

anak saya berumur 6 tahun, patah tulang betis,kaki bersimen,x boleh operate kerana cedera hampir dengan ankle, saya bacakan ayat2 tu pada dia boleh agaknya ya?

Anonymous said...

Assalamkum. Hari ini 2/4/2013 adik saya dmasukkan ke hospital kangar sama macam awak, dan patah peha kiri mcm awak juga. Tp tempurung lututnya hmpir hancur kerana kmalangan pg td. Apa amalan yg awak buat??

Inspired Of Us said...

terima kasih atas info ni . kawan lelaki saya mengalami situasi yg sama seperti saudara . terima kasih :))

Unknown said...

terimakasih bang info nya..

Unknown said...

terimakasih bang infonya...

Unknown said...

tanks ya infonya..

Unknown said...

keren cepat bangett..

Unknown said...

terimakasih bang info nya..

Unknown said...

siiiiippp