Monday, August 25, 2008

Satu Perpindahan



Pada jam 8.50 pagi, aku terus pergi mengambil surat di dalam kotak pentadbiran. Aku seperti biasa melihat dan meniti setiap surat yang berada di dalam kotak. Tiba-tiba aku seperti mengetahui tulisan tangan surat ini, baru ku sedari bahawa insan yang dirindui setiap saat menghantar kepada ku.

Aku terus balik ke pejabat, tidak sabar untuk ku membaca surat ini, memang dia sentiasa mengingati ku, aku makin sedar akan cintanya terhadap aku. Terus ku baca bisiskan hatinya kepada ku. Alangkah indahnya hidup ini.

Aku terus membaca dan menghayati setiap bait setiap rangkap.


Di antara ruang-ruang waktu,

ingin kurangkaikan debungan rindu,

khas buat dirimu yang satu,

sempena meraikan hari bahagia buatmu,

Biarlah kerinduan menjadi saksi,

kenangan dan ingatan padamu tetap,

subur mengharum di hati,

Sempena meraikan hari lahirmu

kutadahkan tangan mengharapkan restu

moga impian nan suci akan terkabul

dan kesejahteraan menjadi teman setiamu


Aku sedar aku makin dimamah usia, tapi adakah aku masih tidak sedar secara hakiki. Adakah amalan ku makin bertambah. Ya Allah rahmatilah umurku.

Bersabarlah, di sebalik kesabaran ada hikmahnya. Setiap hikmah adalah daripada Rabbul Jalil.

1 comment:

NURUL IZZA said...

fizah ni jiwang jugak ya..diam2 jiwang jugak..hihi.kaklong mmg xreti nk mengayat..mst straight forward je..nasib baik suami tercinta paham..haha