Assalamualaikum, Saat yang dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Anak merupakan kurnian Allah s.w.t.
Ada berapa ketika yang menjadi ingatan ketika menunggu saat kelahiran anak yang pertama.
Hari Rabu 17 September 08
- Pada jam 11 pagi isteri masuk wad kerana telah ada sedikit pendarahan sebagai tanda kelahiran.
- Saya bergegas balik dari Kelantan, alhamdulillah sampai dalam masa 3 jam.
- Pada jam 2 pagi masuk ke bilik bersalin dan saya menunggu disebelah isteri. Satu pengalaman yang seronok dan memberi keinsafan melihat saat kelahiran.
- Pada jam 4.10 pagi 18 September 2008, Alhamdulillah isteri selamat melahirkan seorang anak perempuan.
Saya mengucapkan sebanyak-banyak kesyukuran kerana isteri dan anak berada dalam keadaan selamat.
Seterusnya diazankan, diiqamahkan dan tahniq anak dengan air Zamzam sebelum diberikan susu ibu.
Permata hati kami ini diberi nama Nor Rahadatul 'Aish Mohd Miqdad Aswad.
No comments:
Post a Comment