Srikandi
Ini satu pengalaman yang menarik untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Pengalamannya ialah mentahnik atau belah mulut mengikut bahasa orang utara. Pengalaman yang memberikan kesedaran dan pada masa yang sama keseronokan mendapat cahaya mata.
Saya melakukan amalan tahnik ini sudah beberapa kali bermulanya pada masa persekolahan mentahnik cucu pengetua sekolah. Itu pengalaman yang pertama. Akan tetapi untuk anak sendiri ini, saya telah melakukannya 2 kali iaitu selepas dilahirkan iaitu sebelum anak menyusu dan kali ke dua ialah di rumah yang dimulakan oleh Mak Bidan Tok Teh.
Tahnik pertama dilakukan selepas mengazan dan mengiqamahkan anak seterusnya tahnik dengan kurma dan air zam-zam. Kali ke dua buat di rumah dengan kurma dan air zam-zam juga menggunakan cincin emas. Pada masa merasakan air zam-zam kita perlu berniat dan berhajat anak ini menjadi solehah.
Pengalaman yang cukup menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment