Ada beberapa perkongsian di sini mengenai azan dan bukan berhajat untuk menghuraikan video di atas hanya sebagai renungan untuk kita berkongsi hasil kajian sarjana muslim.
- Dalam pengamalan agama ramai dikalangan kita yang berebut-rebut untuk menjadi muazzin tatapi tidak berebut untuk menjadi imam barangkali memikirkan tanggungjawab yang berat.
- Pengalaman saya saat menghadapi peperiksaan selalu saya lepak di masjid Darul Quran kerana menanti untuk melaungkan. Kesannya ialah dapat menghilangkan tekanan peperiksaan.
- Begitu juga saya berpesan di sini, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk melaungkan azan di Pusat Islam.
- Azan sememangnya dapat memberi ketenangan. Apabila bayi dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mengazan dan mengiqamahkan ke telingan anaknya.
- Bila-bila stress boleh cuba azan dengan pelbagai lagu yang kita tahu. Insyaallah tenanglah hati kita.
No comments:
Post a Comment