Kedai dalam Grand Bazaar
Saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang berhajat ke Istanbul. Pada pengalaman saya.
- Selalunya apabila kita mengikut mana-mana trip mereka akan membawa kita shopping di Grand Bazaar yang menjadi tempat pusat membeli belah utama. Grand Bazaar mempunyai lebih kurang 5000 kedai. Pelbagai barang ada dijual di sini. Memang menarik tetapi harganya agak mahal. Saya pernah mencuba untuk mendapatkan harga yang murah dengan tawar menawar yang mengambil masa terlalu lama lebih kurang 2 jam dengan menggunakan skill. Setelah saya tawaf hampir sebahagian dalam kedai tersebut dapati bahawa kedai-kedai yang berada lebih jauh dari pintu masuk adalahj lagi murah.
- Cara kedua saya tidak membeli di Grand Bazaar tetapi ada satu tempat berhampiran dengan Grand Bazaar terdapat satu lagi bazaar tidak silap saya ialah Mahmud Pasha Bazaar. Harganya jauh lebih murah dari Grand Bazaar. Saya berbelanja di situ habis lebih kurang 600 Lira kebanyakannya membeli pakain fesyen Turkey.
- Selain itu boleh berjalan kaki ke kedai yang berhampiran sepanjang landasan trem, banyak kedai di situ juga boleh membeli belah batu permata ukiran dan stail memang menarik hati. Boleh beli untuk orang tersayang.
2 comments:
bukan ahmet pasaaa.. tapi mahmud pasaa..correction..
terima kasih, teragak2 yg mana satu namanya.
Post a Comment