Wednesday, June 24, 2009

Expectation

Dalam tugas sebagai seorang yang senantiasa berhubungan dengan para pelajar. Perhubungan melalui aktiviti program ataupun melalui hubungan biasa. Jika melalui program khususnya program yang melibatkan program berbentuk kepimpinan. Pada awalnya dari dahulu sehingga ke hari ini saya meletakkan expectations yang tinggi kepada mereka. Saya rasa mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran saya ketika member ceramah maksudnya mereka boleh menanggapi apa yang hendak saya bicarakan. Saya merasakan mereka ini tidak perlu banyak pesanan kepada mereka kerana mengap mereka adalah pemimpin mahasiswa. Namun perasaan saya telah berubah sejak saya mula memberi ceramah kepada slot-slot yang diberikan.

Expectations tinggi kepada mereka tidak membantu mereka sepenuhnya malah mungkin mereka juga perlu ditekankan dengan program yang lebih berat. Sebenarnya kekecewaan telah mula wujud dalam keadaan ini. Saya merasakan mereka sama seperti pelajar biasa. Tiada kelebihan tiada istimewanya. Lebih dirasakan melihat mahasiswa lebih lemah dari mahasiswi. Lambat dan loyar buruk. Contoh cukup banyak untuk dijadikan teladan tetapi saya berikan contoh pagi tadi mereka dikehendaki dating ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah tapi yang dating tepat pada masa daripada 60 orang hanya 2 orang sahaja yang tepat masanya(solat subuh bersama imam hanya dua orang sahaja yang lain solat sendiri). Di manakah salah dan silapnya?

Jika pemimpin pelajar tidak berdisiplin bagaimana mereka hendak mendisiplinkan orang bawahan mereka? Bosan sebenarnya bercakap benda yang sama setiap kali berbicara. Perkara yang sama diulangi dalam setiap aktiviti. Bila hendak matang jika mereka hanya memikirkan perkara remeh-temeh sedangkan semasa belajar Diploma di Darul Quran kami sentiasa berwacana isu-isu besar sehinggakan aku dicop sebagai penyokong liberalisme. Tapi mereka hanya minat pada fesyen, minat perkembangan hiburan dan tidak tahu pekembangan terkini. Pembacaan tidak meluas, pembacaan kepada isu remeh, suka baca akhbar tetapi tidak suka membaca buku-buku ilmiah. Kita boleh bayangkan pemimpin Malaysia akan datang sekiranya mereka tidak berubah arus pemikiran mereka kepada lebih kematangan.


7 comments:

Mighty MS said...

Al fadil al - usz

saya menyedari kenyataan yg usz berikan itu...saya juga merupakan salah seorg mahasiswa di IPT..
mmg diakui bhw mahasiswa skrg lemah..pemimpin pun tidak mampu menunjukkan qudwah hasanah...ini agak berat..bagaimanalah nak pengaruh mahasiswa ordinary lain...yg bukan dr golongn pemimpin ke arh ma'ruf..
huhu..tu saje stakat ni nk kate..
YANG PENTING SAYA JGN TERGOLONG SALAH SEORG MEREKA YG LEMAH!!!

firdaus said...

KITA DATANG, DIMANA KITA SEKARANG.. apakah tujuan kita ke dunia ini,, dan dimana kita akan kembali.. pasti segala masalah akan selesai... yakinlah....... wahai sahabatku...

itulah fitrah manusia.. bawalah ahli2 di bawah pimpinanmu dalam pengembaraan ini Hatta Rafiqil A'la ..wa allahu a'lam

firdaus said...

KITA DATANG, DIMANA KITA SEKARANG.. apakah tujuan kita ke dunia ini,, dan dimana kita akan kembali.. pasti segala masalah akan selesai... yakinlah....... wahai sahabatku...

itulah fitrah manusia.. bawalah ahli2 di bawah pimpinanmu dalam pengembaraan ini Hatta Rafiqil A'la ..wa allahu a'lam

muqay said...

Salam Mun,

Benar apa yg diperkatakan tetapi kita tidak boleh terus terleka dibuai mimipi indah kesenangan hari ini akan berterusan hingga keesokan harinya.

muqay said...

Salam Bro Firdaus,

Ya benar tuan, kita perlu mentedari dari mana asal kita, jika tidak kita akan merasakan teruja dengan nikmat dunia yg hanya sementara sahaja.

Kadang-kadang terpikir juga, apa tujuan aku belajar semua ini, adakah kerana hendakkan ilmu atau mencari kerja.

hah! terkedu lidah.

firdaus said...

الإنْطِوَاءُ فِى الشَّيْخِ مُقَدِّمَةٌ لِلْلإنْطِوَاءِ فِى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ اْلإنْطِوَاءُ فِى الرَّسُوْلِ مُقَدِّمَةٌ لِلْفَنَاءِ فِى اللهِ"

Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan permulaan untuk fana pada Allah

وقال أحمد: حدثنا صفوان بن عيسى، أخبرنا ابن عجلان عن القعقاع بن حكيم عن أبي صالح عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إن المؤمن إذا أذنب، كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب ونزع واستغفر، صقل قلبه، فإن زاد زادت حتى تعلو قلبه، وذاك الران الذي ذكر الله في القرآن: { كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَّا كَانُواْ يَكْسِبُونَ }
وقال الحسن البصري: هو الذنب على الذنب حتى يعمى القلب فيموت

Maksudnya: Sesungguhnya seorang mu’min itu apabila melakukan perbuatan dosa, terteralah titik hitam pada hatinya, dan jika ia bertaubat dan dan bila ia berhenti dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat, maka hatinya berkilat. Dan sanya jika dia kembali melakukan dosa, maka titik hitam itu kembali menutupi hatinya, sehingga titik hitam itu menutupi keseluruhan hatinya (jika ia berterusan melakukan dosa). Dan itulah maksud ar-Ran yang telah disebut Allah dalam al-Quran (didalam firmannya bermaksud): “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka”

"Adakah kamu semua hidup di dunia ini tidak akan di uji keimananmu terhadapKu?".....

srikandi said...

huh,mms ke ustaz?