Thursday, June 25, 2009

Setelah Setahun

Sebelah Masjid Hampir Dengan Spice Bazaar

Dihadapan Istana Dolmabahce
Setelah setahun kepulangan daripada lawatan ke Istanbul hati masih belum terjawab dan basah dengan persoalan-persoalan senantiasa wujud menghantui pikiran. Rata-rata pengembara mahupun sesiapa bila mana pulang dari sesuatu tempat pasti rasa gembira tetapi tidak kepada diri. Sebelum pergi wujud sedikit persoalan dan bila jejak kaki di sana persoalan semakin berkembang. Namun setelah kepulangan dari sana hati dan perasaan seperti dihiris dan dihimpit sukar melepaskan sesuatu.
Kita boleh bercerita perkara yang mudah difahami bila mereka bertanya tetapi sukar hendak bercerita perkara yang terbuku dalam hati. Sebab itulah perasaan ini meruntun seperti tidak ada belas kasihan. Mencari jalan pulang tidak berjumpa dan terus menghantui. Adakah ini konflik bila mana setiap perkara yang berkaitan dengan ia menjadi perhatian diri?

2 comments:

Nida said...

kenangan lalu banyak mengajar kita dalam mencorak masa depan...tapi melupakan kegagalan masa lampau adalah jalan terbaik untuk memulakan kejayaan pada masa akan datang.. Insya Allah

muqay said...

Kenangan mengajar erti kehidupan, tetapi ia boleh juga merasap dlm sanubari kenangan yang berduri.

Kaki terpacak duri sudah pasti kekal parut walaupun duri lari meninggalkan kaki.