Pengembaraan adalah satu pengalaman yang boleh memberi pengajaran kepada kita, pengembaraan adalah satu proses perjalanan yang dilalui oleh seseorang ke satu tempat yang lain yang mengambil masa yang lama atau tidak.
Saya menceritakan satu pengembaraan pada hari Jumaat sebelum saya berpindah ke Kelantan iaitu perjalanan menggunakan Tren KTM dari Batu 3 Shah Alam pada waktu petang selepas Asar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir dua jam dari Shah Alam ke Rawang dan tukar tren ke Rasa merupakan pengalaman pertama menaiki trem KTM ke Rasa. Dalam tren ini juga saya bertemu dengan seorang sahabat yang baru dikenli iaitu warga KKB.
Setelah sampai di stesen rasa saya telah dismabut oleh sahabat baik saya di selangor iaitu Ustaz Syukri Mat, beliau membawa saya bermalam di rumahnya. Di atas kesempatan ini saya telah mempelajari selok belok perniagaan yang beliau jalankan. Alhamdulillah semuanya telah mencapai persetujuan.
Pada besk hari saya telah dihantar ke Selayang dan berjumpa dengan Abg Zul sekarang ini masih menjadi imam di Masjid berhampiran rumahnya. Di situ juga saya berteu dengan kenalan lama iaitu Abu dan Ariff Sarawak.
setelah itu saya pergi ke rumah Bapa saudar di Mindev DTHO iaitu jalan Setiawangsa. alhamdulillah semuanya selamat sampai ke Shah Alam dengan teksi dari Batu 3.
Selesai sebuah pengembaraan pendek.
No comments:
Post a Comment