Thursday, July 5, 2007

Uitm Kelantan

Alhamdulillah, sekarang ini sudah selesai urusan perpindahan yang merupakan satu isu yang hangat diperkatakan apabila saya mendapat surat daripada pihak CITU yang meminta saya ditukarkan ke Kelantan.

Saya mendaftar diri pada 1 Julai 2007 di depan Encik Matnor Senik saya melaporkan diri pada jam 8 pagi. Pada kali ini, perpindahan ini ditemani oleh famili yang dirindui sepanjang hari lebih-lebih lagi kepada ibu saya. Memang besar harapan dan jasa kepada anak.

Tugas pertama lakukan di sini ialah menghantar jenazah pelajar sini ke Padang Rengas Perak. Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan dalam sejarah pekerjaan saya di sini. Pengalaman yang cukup bermakna.

No comments: