Monday, July 9, 2007

Tugasan Pertama

Sebagai staff atau pekerja baru di Uitm Kelantan ini, saya pada hari pertama telah diugaskan dengan amanah untuk menjalankan program. Satu program yang dirasakan mencabar kemampuan saya ialah membuat lawatan sambil belajar ke Mekkah, Madinah, dan Mesir.

Program ini telah dimanahkan kepada saya bagi merialisasikan hasrat para pelajar untuk menjalinkan kerjasama di antara para pelajar Uitm dan pelajar luar negara. Saya menerima tanggungjawab ini sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi tanpa memikirkan keburukan yang lalu.

Saya berasa semakin selesa berada di sini kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan sekerja dan para pelajar berjalan denganlancar. Saya mengharapkan kerjasama ini terus berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah.

"Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman" "Selalu Berpindah Banyak Kenangan"

No comments: