Bersukan merupakan satu cara untuk menyihatkan tubuh badan. Pada kali ini bukan hendak menceritakan khusus mengenai sukan tetapi ingin melihat manusia yang melibatkan diri dengan sukan yang boleh melalaikan diri dan orang lain bermula dari jurulatih sehingga para pemainnya.
Saya juga pernah terlibat dengan sukan dari peringkat sekolah sehinnga kebangsaan dengan kejayaan dan kedukaan dari sudut pencapaiannya. Namun saya cuba buktikan ahli sukan juga boleh menjadi lebih daripada yang kita lihat pada hari ini.
Saya ingin membawa beberapa contoh yang terdapat berhampiran dengan keadaan saya di sini. Apa yang sedihnya apabila azan berkumandang, kita dapat melihat kebanyakkan ahli sukan lenggang lenggok, lepak atas tangga dan perhentian bas serta yang lebih hebatnya depan Pusat Islam. Tidak ada rasa malukah mereka ini?
Hebat sangatkah mereka ini? Berasa angkuh dengan panggilan Allah untuk menunaikan solat tetapi lebih teruknya tidak menghormati azan.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan kawan sekalian. Saya juga seorang ahli sukan, dua tahun mewakili pasukan bola sepak Perlis bawah 18 tahun untuk sekolah agama. Bila mana mmasa latihan tiba saja waktu solat kami terus solat di atas padang bola. Kenapa mereka tidak buat begitu? Tidak tahu agama ke?
Saya juga bermain sukan yang lain, hari ini juga turut bermain tetapi masih lagi mampu untuk menjadi imam.
Adakah mereka ini sehebat ahli sukan lain seperti Anelka, Ribery dan pemain Muslim yang lain. Baru saja dipilih untuk bermain diperingkat ini sudah sombong. piraah!
2 comments:
Miqdad,
Nta dulu sekolah agama mana ya? Saya ada seorang kawan lama masa tadika. Dia bersekolah di Matri dan meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Namanya Najib - pemain bola sepak untuk Matri.
Saya tahu selepas beberapa bulan kematiannya. Saya cukup kesal dan sedih kerana tidak sempat menziarahinya.
Ana sekolah bohor mali, rasanya kenal dgn dia sbb pernah sekolah bohor mali juga.
Orangnya putih kulit cerah.betulker?
Post a Comment