Sunday, June 21, 2009

Ujian Dunia

Berapa lama bolg ini tidak di updatekan, barangkali jika rumah sudah pasti berabuk dan perlu dicuci. Bukan tidak mahu menulis tetapi beberap faktor menolak jiwa dan kehendak untuk menulis berkongsi pengalaman dengan saudara mara dan rakan-rakan. Buat beberapa seketika ujian dunia seperti mana tajuk blog ini. Dalam jangka masa minggu ini perlu menghadapi dua ujian.

  1. Ujian PTK pada 23 Jun 2009. Buku belum dibaca. Apa yang hendak dibaca masih tidak dalam perancangan.
  2. Ujian seterusnya perlu menyiapkan kertas kerja untuk perbentangan di USM bulan Ogos nanti, tetapi ia perlu dihantar sebelum 15 Julai 09. Apakan daya abstrak baru diterima hari khamis lepas. Namun sahut cabaran yang telah diberikan.
  3. Anakda masih belum dapat menyesuaikan diri dengan makanan. Bila terdngar nangis sesak dada dibuatnya.

Ini merupakan di antara ujian dunia, tahukah kita bagaimana ujian di akhirat kelak. Adakah boleh membingungkan kita seperti mana menghadapi ujian dunia? Entahla, Allah member ujian mengikut tahap kesesuaian iman seseorang. Jika kita mempunyai iman kuat, kental dan mantap lihat kepada ujian yang menimpa kita, adakah kita sekuat seperti sangkaan kita?

2 comments:

Nida n' Hanafi said...

Semoga tabah dalam menghadapi ujian...(pesanan buat diri ini jua)

muqayankabut said...

Salam Maksu Nida,

Terima kasih maku dan saya merasakan bulan jun ini bulan yg penuh dengan dugaan kepada saya.