“Hidup Biar Terhormat, Mati Biar Mulia, Jangan Hidup Penakut Sangat,Jangan Mati Meraba-raba ” – Hj. Zakaria Abd. Rahman
Thursday, May 31, 2007
Kenduri
Bagaimana mereka merasai alam perkahwinan.
Keletihan
Wednesday, May 30, 2007
Surau
Muhasabah jalan terbaik motivasi diri
- Baca Yassin setiap pagi, saya tidak meninggalkannya tetapi selalu sahaja terlupa kerana sikap suka menangguhnya.
- Bacaan mathurat tidak konsisten, adakalanya baca pagi petang tidak membaca,adakalnya terlupa terus pada hari tertentu.
- Bacaan Surah Kahfi juga tidak konsisten setiap minggu ada saja Kahfi di qadhakkan. Bacaan kahfi tidak pernah saya tinggal semenjak belajar di Darul Quran, sebab itu saya mempastikan track record harus dijaga.
- Mengulang al-Quran ini adalah perkara paling berat dari segala ujian. Dahulu boleh khatam satu bulan dua kali, selepas itu berkurang sebulan sekali. sekarang ini empat bulan belum tentu khatam lagi. Aduh ujian paling berat. Al-Quran akan meninggalkan kita jika kita meninggalkannya.
Selain itu dulu boleh menghabiskan membaca buku seminggu dua atau tiga buah buku tetapi ketika ini sebulan belum tentu. Banyak perkara telah terjadi. Kenapa jadi begini, saya harus bangun kembali mulai hari ini.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat. Terimalah taubat hamba-Mu ini Ya Allah, Berilah Rahmat yang telah Engkau berikan dahulu kepada hamba-Mu ini. Rahmat berupa kelapangan masa untuk beribadat kepada Mu. Amin..
Tuesday, May 29, 2007
Sudah Kawin
Monday, May 28, 2007
Ujian Komprehensif
Happy Birthday Mak
- Balik kampung pada 22 mei pada hari lahir mak saya untuk membuat urusan pembelian kereta untuk dihadiahkan kepada ibu kerana telah lama menggunakan kereta charade.
- Urusan seterusnya daftar mengundi kerana pada pandangan saya pilihanraya akan dilangsungkan tidak lama lagi.
- Laptop tiada diberi kepada adik.
Setelah semua urusan selesai seperti biasa blik kampung saya di Kerpan, Sanglang Kedah. Cukup menyeronokkan kerana pada musim sekarang adalah musim menangkap Udang besar hampir dengan kolam umah Wan Safar. Udang segar boleh dapat pada harga RM 8 1 kg. Makanan kegemaran saya. Wan dan Tok sudah tahu bila saya balik kampung pasti mereka akan membeli dan membuat lauk kegemaran saya itu.
Cubalah datang ke kampung saya.
Monday, May 21, 2007
Manchester United
Saya merupakan peminat setia United dari umur 5 tahun lagi ketika di bangku pra sekolah dari era Bran Robson hingga Ronaldo. Sungguh setia saya dengan kelab Inggeris ini. Jatuh bangun kelab ini saya ikuti daripda pemain yang paling diminati pada masa zaman persekolahan iaitu Eric Cantona yang lebih dikenali sebagai "King Eric' seterusnya jersey no tujuh menjadi milik kapten England David Beckham Sehingga sekarang no tujuh millik pemain muda berbakat Ronaldo. Saya tetap mengkagumi United.
Walaupun United tewas pada final piala FA dengan menyerahkan trofi kejuaraan kepadaa Chealse namun United tetap menawan dengan gaya permainan yang menakjubkan walaupun para pemainnya nampak keletihan. Apa pun United telah melakukan yang terbaik. Akan tetapi kenapa United kalah pada malam tu? kerana ingin menyimpan tenaga bagi mengunjungi Malaysia. Hendak menentang Malaysia bukan mudah seperti disangka kerana kini dengan jersey barunya ala Harimau Malaya tetapi serupa hari-hari mau.
Begitulah kisahnya peminat fanatik United walau apa yang terjadi tetap diblekang. Tidak seperti kawan-kawan yang ku kenali di sini peminat Liverpool atau Chealse adalah peminat baru.
Thursday, May 17, 2007
Khalifah atau sampah
Pada suatu hari telah datang seorang lelaki ke pejabat seorang 'rakan' yang namanya Sang Arjuna. Apabila lelaki yang belagak macho dihadapan wanita tetapi telah dilarang oleh Sang Arjuna dengan dialog seperti di bawah:
Sang Arjuna dengan katanya: Wahai tuan hamba kenapa tidak faham lagi barang dalam ofis ni kalau rosak siapa nak tanggungjawab?
Lelaki: Eh Sang Arjuna, barang ini dipohon oleh pihak kerajaan langit, kenapa hamba tidak boleh menggunakannya?
Sang Arjuna: Yeke, setahu hamba barang ini sudah dipohon untuk kedua kalinya kerana Ketua kerajaan langit telah memulangkannya kepada Puteri Semua Kena. Hamba telah mengutus surat untuk kedua kalinya, nah ini suratnya. Sang Arjuna mengambil fail lalu menunjukkan bukti surat tersebut.
Lelaki: Dengan tergamamnya, eh yeke takpelah saya keluar dulu....keluar dengan fikiran bagaimana hendak kenekan balik Sang Arjuna.
Sang Arjuna: Berfikir sejenak, eh kasar ke layanan aku terhadap lelaki berlagak tahu tu? tak kot....Selepas sebulan lelaki Berlagak tahu tk tegur dengan Sang Arjuna...pelik? kene tegur pun marah ker? macam hebat sangat. Imam Malik pun mendengar teguran anak muridnya. So siapa Lelaki ini hendak dibandingkan dengan Imam Malik...Tajwid pun tak betul, nak taranum, pelik betul lelaki perasan hebat tu. Berfikir diri sendiri jer...eh cakap pelet plak.
Sudah sebulan masa berlalu, sampai berita yang mengejutkan Sang Arjuna telah buat kesalahan. Malah tak dihormati oleh rakyat jelata tidak sebab Sang Arjuna muda lagi tak kawin plak tu....alasan-alasan tu, nape yer.
Ntahle, apa jadi lepas tu.
Penat
Rasanya hari ini barangkali sudah memikirkan mengenai insan yang dekat dengan diri sendir. Sebab itu wuju perasaan kepenatan dalam minda dalam menangani masalah diri sendiri. Siapa yang patut disalahkan dalam hal ini? rasanya jawapan ada pada diri sendiri.
Biarlah kepenatan di dunia jangan penat di akhirat kelak.
Imam UiTM Kelantan
Seterusnya saya dikejutkan dengan kehadiran sahabat Imam iaitu Ustaz Nizam daripada UiTM Machang, Kelantan pada jam 12 tgh hari di ofis. Kebetulan beliau menghadiri satu kursus rakan sebaya di UiTM induk. Setelah bersembang, berjalan sekeliling Puncak Perdana, melihat rumah yang akan beliau tinggal nanti. Selepas itu, kami terus ke Meru untuk menjamu selera.
Beliau akan pulang ke UiTM Machang pada malam ini.
Berpindah ke Kelantan
Sudah selesai spekulasi saya di mana ingin dipindahkan. Pelbagai spekulasi wujud ada yang mengatakan saya akan dipindahkan ke Johor pada awal mula bertugas di UiTM Puncak Perdana ini, seterusnya ada khabar angin mengatakan akan dipindahkan ke Negeri Sembilan. Kedua-dua negeri ini terlalu jauh dari kampung halaman. Apabila mengambil kira kos perjalanan cukup mengerikan kerana saya tidak pernah ke sana.
Alhamdulillah, saya telah dipindahkan ke Kelantang iaitu di UiTM Machang. Kelantan adalah sebuah negeri yang sering dikunjungi semasa dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa menuntut di Darul Quran. Saya redha dengan perpindahan ini kerana jelas pilihan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya.
Saya suka berjalan, merantau, dan sentiasa berfikir bagaimana ingin memperbanyakkan pengalaman. Segala persoalan telah terjawab iaitu dengan banyakkan perjalanan dengan pengembaraan.
Saya mempunyai tokoh yang saya sendiri kagum iaitu Ibnu Batutah, beliau sendiri telah memulakan pengembaraan seawal usia belasan tahun, ada pendapat mengatakan seawal usia 16 tahun. Beliau mengembara dari satu tempat ke satu tempat, dari satu pekerjaan ke pekerjaan lain. Ini menunjukkan pengalaman beliau sangat banyak.
Saya juga ingin bercita-cita seperti begitu. Kita juga semua ingin menjadi begitu travel ke seluruh dunia.