Saya berasa diri sendiri ini terlalu sibuk sampaikan Hari lahir mak sendiri perlu buat reminder pada hand phone saya. Pada hari ini bukanlah hari lahir mak saya tetapi sudah lepas. Birthday mak saya jatuh pada 22 Mei, Alhamdulillah saya sempat mengucapkan pada petang itu. Saya terlewat untuk mencatatkannya dalam blog kerana beberapa sebab di antaranya:
- Balik kampung pada 22 mei pada hari lahir mak saya untuk membuat urusan pembelian kereta untuk dihadiahkan kepada ibu kerana telah lama menggunakan kereta charade.
- Urusan seterusnya daftar mengundi kerana pada pandangan saya pilihanraya akan dilangsungkan tidak lama lagi.
- Laptop tiada diberi kepada adik.
Setelah semua urusan selesai seperti biasa blik kampung saya di Kerpan, Sanglang Kedah. Cukup menyeronokkan kerana pada musim sekarang adalah musim menangkap Udang besar hampir dengan kolam umah Wan Safar. Udang segar boleh dapat pada harga RM 8 1 kg. Makanan kegemaran saya. Wan dan Tok sudah tahu bila saya balik kampung pasti mereka akan membeli dan membuat lauk kegemaran saya itu.
Cubalah datang ke kampung saya.
No comments:
Post a Comment