Alhamdulillah, segala puji kepada Tuhan Yang Maha Esa yang menciptakan makhluk terbaik di alam ini. Perkara yang berlaku memang tidak disangka oleh sesiapa tetapi Maha Pencipta tahu apa yang akan terjadi kepada hambanya.
Saya berasa perkara yang perlu dimanfaatkan oleh manusia ialah isikan masa dengan perkara yang berfaedah, bukan saya ingin menegur kepada sesiapa tetapi menegur kepada diri sendiri. Akhir-akhir ini selalu cuti kerana menguruskan beberapa perkara sebelum berpindah ke Kelantan namun terdetk dalam hati kenapa solat saya sejak akhir-akhir ini kurang khusyuk. Saya cuba mencari semula amalan yang telah saya tinggalkan, memang banyak amalan yang dulunya istiqomah melakukannya tetapi sejak akhir-akhir ini hati menjadi gundah gelana.
Amalan yang ditinggalkan dan kadang-kadang sahaja mempraktikkanya ialah:
- Baca Yassin setiap pagi, saya tidak meninggalkannya tetapi selalu sahaja terlupa kerana sikap suka menangguhnya.
- Bacaan mathurat tidak konsisten, adakalanya baca pagi petang tidak membaca,adakalnya terlupa terus pada hari tertentu.
- Bacaan Surah Kahfi juga tidak konsisten setiap minggu ada saja Kahfi di qadhakkan. Bacaan kahfi tidak pernah saya tinggal semenjak belajar di Darul Quran, sebab itu saya mempastikan track record harus dijaga.
- Mengulang al-Quran ini adalah perkara paling berat dari segala ujian. Dahulu boleh khatam satu bulan dua kali, selepas itu berkurang sebulan sekali. sekarang ini empat bulan belum tentu khatam lagi. Aduh ujian paling berat. Al-Quran akan meninggalkan kita jika kita meninggalkannya.
Selain itu dulu boleh menghabiskan membaca buku seminggu dua atau tiga buah buku tetapi ketika ini sebulan belum tentu. Banyak perkara telah terjadi. Kenapa jadi begini, saya harus bangun kembali mulai hari ini.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat. Terimalah taubat hamba-Mu ini Ya Allah, Berilah Rahmat yang telah Engkau berikan dahulu kepada hamba-Mu ini. Rahmat berupa kelapangan masa untuk beribadat kepada Mu. Amin..
No comments:
Post a Comment