Tuesday, May 29, 2007

Sudah Kawin

Perkahwinan merupakan satu ikatan. Pelbagai definisi para sarjana dan intelektual memberi maksud ikatan dalam perkahwinan. Akan tetapi pada pandangan saya sebagai seorang yang masih belum berkahwin dan akan menamatkan zaman bujang insyaallah hujung tahun ini berpendapat bahawa perkahwinan merupakan satu ikatan zahir dan batin. Satu ikatan yang diikat berasaskan ikatan yang suci. Ikatan pada zahir ialah ikatan perjanjian dengan lidah ketika dementraikan semasa melafazkan aqad kawin dan ikatan batin merupakan ikatan dua hati yang telah dipertemukan oleh Allah melalui cinta yang lahir daripada hati. Begitulah hebatnya manusia kerana Allah memberi akal untuk berfikir. Manusia dicipta berpasangan.
Berpasangan, merupakan satu hubungan yang lahir daripada hati iaitu cinta. Mengapa hari ini remaja atau manusia yang belum berkahwin melakukan perkara terkutuk atau maksiat sebelum ada perhubungan yang sah? itulah manusia yang hebat telah diberikan akal tetapi tidak berfikir baik buruk tindakan mereka sendiri. Bila bercinta sudah serah segalanya sebagai syarat untuk dicintai oleh lelaki kenapa perkara ini terjadi. Inilah masalah didikan agama yang dititik beratkan. Ada juga persoalan yang wujud pelajar aliran agamajuga membuat perkara yang sama. Itu lah maksiat tidak kenal siapa, sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.
Didikan agama bagaimana perlu diberi, saya katakan di sini didikan sekolah sahaja tidak cukup untuk anak-anak, adik-adik dan saudara-saudara kita untuk mengelak daripada maksiat ini. Pendidikan seharusnya bermula daripada rumah. Ibu bapa perlu menyatakan TIDAK pada Anak perempuannya apabila ingn keluar dengan lelaki. Banyak hadis menyatakan wanita dan lelaki berdua-dua dan yang ketiga itu adalah syaitan. So apa yang saya ingin tegaskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian bahawa ibu bapa hari ini sukar untuk mengawal anak-anak apabila berada di luar kawasan sperti di IPTA yang mempunyai kebebasan. Para pelajar telah salah menggunakan kebebasan yang telah diberikan. Nau' Zubillahi minzalik.
Ahad 27 Mei lepas, saya telah menghadiri majlis perkahwinan rumah kawan karib saya dari zaman sekolah. Apabila memikirkan detik pertemuan pertama kali dahulu walaupun tidak pernah bertemu pada zaman persekolahan, hanya mengenali suaranya sahaja. dia telah selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka dari Negeri Sembilan. Alhamdulillah semoga rumah tangganya dicucuri rahmat dan bahagia ke anak cucu.
Jarak perjalanan ke rumah Ya lebih kurang 160 km mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. satu perjalan yang jauh meletihkan badan dan minda memikirkan pasangan yang berkahwin tadi. Sudahlah saya tidak inign memanjangkan lagi tulisan menegenai kenduri ini.

No comments: