Berpindah atau dipindahkan mempunyai maksud yang berlainan. Pada kali ini saya menulis bukan kerana masalah bahasa tetapi lebih kepada arahan yang perlu saya turuti sebagai salah seorang pegawai atau kakitangan kerajaan. Namun begitulah hasil dan perbincangan mereka mengenai perkara ini dan mendapat jawapan yang baik insyaallah.
Sudah selesai spekulasi saya di mana ingin dipindahkan. Pelbagai spekulasi wujud ada yang mengatakan saya akan dipindahkan ke Johor pada awal mula bertugas di UiTM Puncak Perdana ini, seterusnya ada khabar angin mengatakan akan dipindahkan ke Negeri Sembilan. Kedua-dua negeri ini terlalu jauh dari kampung halaman. Apabila mengambil kira kos perjalanan cukup mengerikan kerana saya tidak pernah ke sana.
Alhamdulillah, saya telah dipindahkan ke Kelantang iaitu di UiTM Machang. Kelantan adalah sebuah negeri yang sering dikunjungi semasa dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa menuntut di Darul Quran. Saya redha dengan perpindahan ini kerana jelas pilihan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya.
Saya suka berjalan, merantau, dan sentiasa berfikir bagaimana ingin memperbanyakkan pengalaman. Segala persoalan telah terjawab iaitu dengan banyakkan perjalanan dengan pengembaraan.
Saya mempunyai tokoh yang saya sendiri kagum iaitu Ibnu Batutah, beliau sendiri telah memulakan pengembaraan seawal usia belasan tahun, ada pendapat mengatakan seawal usia 16 tahun. Beliau mengembara dari satu tempat ke satu tempat, dari satu pekerjaan ke pekerjaan lain. Ini menunjukkan pengalaman beliau sangat banyak.
Saya juga ingin bercita-cita seperti begitu. Kita juga semua ingin menjadi begitu travel ke seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment