Monday, July 13, 2009

Dua Cerita

Di antara dua cerita hari ini.

Cerita Pertama: Mengenai temuduga hari ini ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagaimana memilih pekerja berkaitan tanggungjawab kita, jika kita memilihnya tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik sudah pasti amanah tercabut dari atas kepala. Ada soalan ditana tidak dapat dijawab soalan Nampak macam mudah tetapi jika tidak amal lupa juga dibuatnya. Doa jenazah, Hukum Doa Qunut, Azan dan solawat semasa tarawikh semuanya ditanya. Sedih ada juga yang merangkak untuk membaca al-Quran. Bagaimana untuk mengajar pelajar jika diri tidak tahu membaca al-Quran. Realiti hari ini. Doa solat jenazah boleh lupa. Apakah tidak tahu diri punya tanggungjawab sosial?

Cerita Kedua: Isteri pulang ke rumah dalam keadaan keletihan. Ulang alik dari Ayer Lanas ke Machang 105 KM, Ada dibicarakan dengan riak wajah muka penuh kerisauan. Bicara perihal didikan anak, terpancar kerisauan dan sang suami sukar mengerti seketika. Kenapa hari ini perlu bicara pasal perkara berat sebegini? Isteri seorang kaunselor setiap hari menghadapi kes-kes pelajar. Katanya kebanyakan pelajar yang bermasalah adalah berpunca daripada kuran didikan dan perhatian daripada ibu dan bapa. Aku mulai faham, kenapa riak wajahnya hari ini berubah. Aku pasti mengungguli masa bersama anak dan keluarga. Jangan jadikan ibu dan bapa yang mementinkan diri sendiri sehingga tidak menjaga dengan sebaik mungkin dengan member didikan agama yang penting. Rialiti tidak jadi begini, anak-anak diberi kemewahan, anak diiukur kejayaan dari sudut akademik tetapi dari sudut akhlak tidak ambil bicara. Anak tidak tahu solat bahkan solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu tidak pernah dilakukan. Apa ini semua. Kemajuan yang dikecapi tetapi mengurangkan ta'abud kepada Allah.

Risau, jika kita solat berjemaah,

Adakah anak turut serta,

Jika solat jemaah di masjid,

Kenapa anak dibiar solat sendirian di rumah,

Kita mengajar di masjid,

Anak berada di rumah menonton tv,

Jika bapa abaca al-Quran,

Adakah anak bersama kita,


2 comments:

Nida n' Hanafi said...

Apabila ku terbaca tulisan ini..ku merenung diri.. cukupkah masa kita bersama anak? Atau cukupkah ilmu yg kita titipkan buat anak2..
Pak Nep pernah berkata dengan Mak Su, Arwah Tok Mad pernah berkata kpdnya "Andai ayah mati, ayah mati dengan tenang kerana semua ilmu baik dunia dan akhirat telah pun ayah bagi, terpulang pada anak2 untuk laksanakannya"

muqayankabut said...

Itu persoalan yang bermain dalam diri sebenarnya Maksu, Bapa kita telah beri yang terbaik dan kita sudah mejadi seperti ayah kita kehendakkan, tetapi adakah anak-anak kita boleh menjadi seperti kita atau datuknya.