Sunday, July 19, 2009

Masjid Biru Jejak Persoalan

Satu ketika berjalan di waktu malam di lorong pejalan kaki di Istanbul. Aku menuju kea rah Masjid Biru untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di sana. Jam menunjukkan 10 malam. Aku berjalan bersama Krol, Mat dan Hisham. Mereka merupakan pelajar UiTM Kelantan fakulti berbeza.

Pada masa ini, cuaca sederhana tidak sejuk dan tidak panas, tenang perasaan ku ketika bersendirian di Masjid Biru. Kadang kala melayan gurau senda Mat dan Krol. Kadang-kadang ku rasakan perasaan remaja kembali.

Masjid Biru, kenapa dinamakan Masjid Biru, sedangkan Masjid ini nama Camii Ahmet. Semasa sedang beri'tikaf di dalam perut masjid. Ku renung di jendela kayu berlantaikan marmar putih, siapakah yang member idea supaya masjid ini dibina di atas bukit dan berada ditebing selat Bosphorus? Angin sepoi-sepoi membelah rambut ku yang agak panjang ketika itu.

Setiapa hari melintasi masjid ini, aku asyik dan berkhayal suatu hari akan ku bawa abah, mak, isteri dan anak ku ke sini. Cuba mencari jalan bagaimana kaedahnya, tiba lamunan ini terhenti seketika bila mana aku ditegur oleh seorang lelaki. Seorang pelajar Malaysia belajar di UK dan bercuti ke Istanbul sebelum pulang ke kampongnya di Perak.

Aku rasa lebih kurang sebaya. Aku bertanya kenapa bercuti di Istanbul dan tidak Bandar Eropah yang lain? Jawabnya. Senior bercerita keistimewaan Istanbul berbanding Bandar Eropah yang lain.

Aku menjawab, mungkin betul dan disokong oleh faktor sejarah tempat ini.

Azan berkumandang, lagunya seperti di Malaysia. Aku terpikir ketika itu, adakah Melayu mempunyai hubungan dengan Turkey? Aku tidak dapat mencari jawapan ketika itu dan berhajat untuk ke kedai buku pada besok hari kerana akan hal itu.

Solat Isyak, imamnya segak dan tampan walaupun umurnya agak jauh dengan ku. Nampak kehebatan dan kehaibahanny. Suaranya sedap membaca al-Fatehah dan Nun, tiada bismillah di awal Fatehah. Aku rasa sesuatu menyusuk dalam kalbu. Bila al-Fatehah habis tiada ucapan Ameen bersama hanya aku seorang sahaja. Baru aku tahu di sini mazhabnya Hanafi.

Selesai solat Isyak aku terus jamak ta'khir. Aku keluar mencari satu persoalan kenapa Bandar hebat ini tidak kelihatan hebat seperti yang digambarkan oleh sejarah?

2 comments:

srikandi said...

nice writing ustaz...

muqayankabut said...

srikandi,

Bila terkenang baru menulis, rindu, entah bila dapat jejak kaki kat sana pulak.

Rasa mcm nak belajar kat sana jer.