Saturday, July 4, 2009

Cerita Kampung

Rejab sudah menjengah penghuni alam, tidak kira di mana semuanya sama. Sesiapa masih belum memenuhi puasa ganti silakan dan sesiapa hendak puasa penuh Rejab, Sya'ban dan Ramadhan silakan. Ini merupakan yang hasanah. Walaupun pelbagai tanggapan berlaku namun itu tetap sahaja kita raikan sebagai keterbukaan dalam member pandangan.

Bila Rejab bulan Allah menjelma,selepas ini Sya'ban mampir dengan diri. Kemudian Ramadhan muncul dengan penuh berkah dan Syawal datang meraikan kejayaan insan Berjaya menghadapi ujian daripada yang Esa.

Tahun ini saya mempunyai lima tempat yang perlu diziarahi pada hari raya nanti. Setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri. Kali ini hendak cerita pasal kampong yang akan dilawati yang telah dirancang bersama yang dikasihi.

  1. Perlis: Kampung sendiri terletak di Behor Temak,Kangar. Walaupun tinggal di Bohor Temak tapi hati tetap di Kg. Bangsal Lebah kampong halaman Ayahda kerana di situ ramai teman seangkatan. Pada masa hari raya sudah lazim solat Aidil fitri di sana. Boleh takbir bersama-sama (dapat pegang mic). Barangkali benar bila rasa dewasa perkara yang dilakukan bila pulang ke kampong sudah semestinya pergi ke Kuala Perlis untuk menjamah Laksa Maksu (Bapak Saudara pemiliknya). Tidak pernah tertinggal. Malamnya makan ikan gerot bakar. Waktu petang makan rojak Pakdin dekat dengan SUK. Selain itu jika cuti panjang main futsal dan badminton. Dan paling best boleh diskusi dengan abah pasal alam tasawuf. Di Kg. Bangsal Lebah hanya tinggal bapa dan mak saudara sahaja, Tok Wan Lah dan Tok Dah sudah ke pangkuan Kekasih.
  2. Kerpan, Kedah: Ini kampung halaman Ibunda. Umah Tok Wan Safar dan Tok Cah (guru al-Quran) Jika ke Kerpan mesti pergi mencari ikan Yu, Sotong, Udang, Ketam dan Udang Lipan. Tengok kepada musim. Sudah lama tidak pergi ke laut mencari udang untuk buat belacan. Memasang tangkul tangkap ketam. Menjala di sungai cari ikan keli buat gulai. Saya memang minat dengan gulai ikan yu yang dibuat oleh Tok Cah bersama dengan air asam. Alhamdulillah Tok Wan dan Tok Cah masih sihat. Jika solat raya di sini juga selalu dapat mic untuk takbir. Jika tak dapat min rasaa serba tak kena di Masjid Kerpan. Seronok dapat takbir bersama orang dewasa.

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

asyik dok ceritaq pasal kedah je...bila nak mai Johor (betul ke bahasa Mak Su ni ek???)

muqayankabut said...

Ini cerita bersiri, nanti saya sambung, raya tahun ni kene balik 5 tempat, jadi kene karang satu-satu. tunggu.

annur huda said...

sye bru sampai dr kl this morning..tapi semalam, sambil tunggu bas dengan parent..dh bilang2..bape hari lagi mau pulang ke KL..

i missed it.. cepatlah hbs belajar..mls betul merantau ke negeri org lame2..dh bertahun duk terengganu,,tak pernah plak nak cube kerje di negeri sendiri..hehe

sye pun nak balik kg.tapi balik KL..

raya tahun ni, mungkin akan ke utara, Pineng, sbb my cousin bertunang, kalau sempat, hope dpt singgah kedah..lame giler tak pergi utara, rasenye adelah 4-6 thun kot...hehe

muqayankabut said...

Balik kedah baru seronok adas uasana kg, boleh tgok org tgkap ikan.