Thursday, May 28, 2009

Red Devil Tersungkur Di Kaki Syurga

Sejarah membuktikan sekiranya salah strategi akan menyebabkan kekalahan yang memalukan. Begitulah yang terjadi dengan Red Devil. MU bermain tidak menjadi malam tadi, kita dapat melihat permainan yang tidak seimbang. Barca bermain corak bertahan dan tidak bermain seperti sediakala.

MU pada awalnya membuat banyak serangan tetapi dikejutkan dengan jaringan awal Eto' menyebabkan kelumpuhan dibahagian tengah. Alex Ferguson sebenarnya perlu memasukkan lebih awal Tevez dan Barbatov tetapi beliau mencuba J.S. Park dan Anderson yang nampak kurang bertenaga untuk menjana bahagian tengah.

Ronaldo juga kurang menjadi kerana dikawal ketat oleh pertahanan Barca tidak seperti Messi yang dibiarkan bebas bergerak. Saya boleh katakan MU silap percaturan.

Tahun depan saya harapkan MU bertemu awal dengan Barca dalam satu kumpulan pusingan. Baru tahu siapa hebat sebenarnya.

5 comments:

Nida said...

Salam Muqay..

Takziah atas kekalahan...takpe Mak Su sebagai presiden Barca kat sini masih membuka keahlian kepada penyokong2 MU yang nak berpaling tadah.. :-)

annur huda said...

ya Ustaz,

Sabaq na..biasalah adat perlawanan..salah strategi di saat akhir..nak wat camna kan..

Bagilah kalini MU tak menang..apa salahnya, tak selalu berada di atas..MU saja ja bg BARCA menang tu..

hehe..moga adayang terubat hati ustaz harini..tgk anak ketawa pun, trubat gak kan??hehehe

muqay said...

Salam Maksu al-Barca,

Peminat setia MU tidak akan berpaling tadah, cinta mesti membara seperti red devil. hehe

Huda al-perli,

Doa-doa semoga kepala hilang serabut kepala ni, dok cari harga skrin laptop. Ada tahu ka.

annur huda said...

Tuan Muqay al-Frusted..

saya tanya kawan, dia kata, dlm 700 tu bg yng skrin normal saiz, 14".. kira skrin barulah

kalau yg murah adelah dlm 400-500 itupun kalau boleh dptkan 2nd hand punye..

harga skrin jarang turun sbbnye tak ramai tukar skrin laptop, so, harga pun susahlah..

muqay said...

Huda al-Najahah,

Harga tu kira boleh.